TIPS Hilangkan KETAGIHAN anak terhadap IPAD dan YOUTUBE

Kongsikan di


Terdapat beberapa cara yang boleh anda cuba untuk hilangkan ketagihan anak-anak terhadap peranti pintar ini. Kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi mendapati, kecenderungan kanak-kanak terhadap peranti atau gadget boleh membantutkan proses pembelajaran dan juga menyekat peningkatan tahap fikiran atau daya imaginasi kanak-kanak tersebut. Ia seperti seolah-olah mereka hanya aktif di dunia maya atau eletronik berbanding kanak-kanak yang didedahkan dengan aktivti outdoor yang lebih extreme dan santai.

Ok sebenarnya mudah saja! Ikut cara dibawah ia logik dan masuk akal.

1) Korang (ibu bapa) cuba sorok ipad tu dekat tempat yang budak-budak tak boleh capai. Bahasa mudahnya tak terfikir pun tempat itu. Tapi cara ini agak drastik la dan akan berkemungkinan buat anak memberontak. Kalau anda jenis yang tidak kuat, memang pedih telinga dan rasa berkeladak kepala ashik terpaksa dengar rintihan dan amukan si dia

2)  [Elakkan] Jangan lah pergi cas Ipad itu sampai penuh! Trik ini korang boleh cuba walaupun simple tapi berkesan untuk kurangkan waktu optimize mereka mengelamun dengan gadget. Bila sudah habis hayat (bateri) penggunaan, ajaklah anak-anak pergi main di taman atau beriadah. (Pi berbuai sampai pokok sena ker)

3) Hide/unpublish icon Game/youtube. Fungsi ini  dekat setting gadget ada! Tapi tak semua, hanya beberapa jenis saja. Kalau tak jumpa boleh guna third party aplication. Cari yang OK. Selalunya kalau rajin google akan jumpa.

4) Anak suka tengok Youtube dgn Ipad?
Cara ni mudah untuk hilangkan minat mereka menonton karton yang entah berapa kali dok ulang tu. Ashik-ashik hagemaru/doraemon/boboiboi/upin ipin dan banyak lagi. Bukan tak bagus, tapi jika terlalu lama dan kerap mental atau tumbesaran minda anak akan jadi lemah. Sikap dan perwatakan serta percakapan pun akan terikut-ikut dengan karaktor kartun. Paling sedih, sampai jadi Nobita real pun ade! Kalau yang baik, itu bagus. Tapi kebanyakannye banyak yang tidak elok. Contoh ketara ialah anak makin degil atau tak dengar bila kita panggil.

“Tukar sing-in emel di youtube”


Apa yang perlu korang buat ialah create satu  emel baru dan sign-in di youtube (ini kalau kes anak ketagih youtube dan ashik paksa anda bukakan cerita untuk mereka). Kemudian, anda browse cerita-cerita yang lebih baik dan berinformasi seperti  learning dan islamic. Search saja sehingga 5-6 jenis. Kalau mahu anak pandai English, cari kartun english. Kemudian bagi diorang main!

Nah sekarang chanel youtube tu akan proses niche-niche atau segmentation rancangan yang sama macam anda cari tu saja. Kalau diorang minta untuk nak tengok kartun biasa tu, sebaiknaya jangan dilayan sangat.Tolong kreatif sikit bagi alasan tu. We are controlling them,Remember!

5) Berikan mereka pendedahan bermain diluar. Biasanya, jenis anak-anak begini suka pada keadaan luar. Cuma kecenderungan mereka terbantut sebab kita ibu bapa tak banyak masa untuk teman mereka main diluar.

Biarkan mereka main. Pegang batu, debu dan pasir. Berikan mereka sentuhan alam, rumput dan tanah. Biar mereka jejak playground. Jangan cepat melatah kalau mereka jatuh. Biasanya kalau anda tak tegur, diorang tak akan menangis kan..cara ini akan freshkan semula minda anak anda.

[AMARAN] – Tapi kalau dah kritikal (terlalu lama bersama gadget) mereka akan jadi pasif dan susah hendak melangkah keluar walaupun ke taman permainan. Mungkin malu untuk bergaul. (Kena teman la jawabnyer..tak pun tunggu semua orang dah balik baru boleh main sorang-sorang)

6) Banyakkan masa berbual dengan anak-anak. Ambil tahu dan lihat kerja sekolah mereka. Anak-anak ni suka kalau kita puji. Jadi reward mereka dengan taktik tarik minat”belajar” . Contoh – “kalau abang/kakak dapat mewarna 3 gambar ni cantik2..mami bawak pi zoo!”

7) Dedahkan anak-anak dengan playgroup. Yang tidak mempunyai ramai adik beradik, boleh ajak anak-anak jiran untuk bermain sekali. Main Ini insyaAllah LUPA ipad  . Ia di sarankan bagi melatih anak-anak lebih kreatif dan innovatif.


(Sumber: Gerobokanim)
loading...

0 Response to "TIPS Hilangkan KETAGIHAN anak terhadap IPAD dan YOUTUBE"

Post a Comment