Hukum Mengerjakan Kenduri Arwah Dan Membaca Tahlil

Kongsikan di

Dalil-dalil Amalan Tahlil & Kenduri Arwah.
بسم الله الرحمن الحيم.
الحمدلله لا إله إلّا الله, و الصلاة و السلام على رسول الله, و على آله و صحبه و من ولاه. و بعد.
DEFINISI.
Tahlil :
Berasal daripada kalimah Arab هَلَّلَ يُهَلِّلُ تَهْلِيْلًا bermaksud mengucap kalimah لاإله إلا الله .
Menurut istilah, seperti yang disebut di dalam kitab Tahlilan Dalam Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah oleh KH. Mahyudin Abdus-Shomad ialah bersama-sama mengucapkan kalimah toyyibah dan berdoa bagi orang yang sudah meninggal dunia.
Menurut pemahaman masyarakat Melayu kita pula ialahhimpunan zikir yang terkandung di antaranya surah-surah pilihan,ayat-ayat pilihan, solawat ke atas Nabi, tahlil ( لا إله إلا الله ), dan lain-lain lagi dan di akhiri dengan doa kepada si mati.
Dalam huraian di atas dapat kita fahami dan simpulkan bahawatahlil bukan sahaja mengucap kalimah لا إله إلا الله , tetapi juga membaca surah-surah pilihan, ayat-ayat pilihan, dan lain-lain lagi dari kalimah toyyibah. Seterusnya didoakan kepada Allah untuk si mati agar dirahmati dan diberi segala kebaikan.
Kenduri Arwah :
Menurut Kamus Dewan, kenduri arwah diertikan kenduri untuk memperingati ( mendoakan ) orang yang telah meninggal.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku kematian di dalam masyarakat Melayu kita, keluarga si mati akan melakukan kenduri ( kenduri arwah ) yang mana sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahlil akan dibacakan oleh jemaah yang hadir.
HUKUM & DALIL.
Secara umumnya, dapat kita katakan bahawa hukum membaca tahlil dan melakukan kenduri arwah adalah harus. Ini berdasar perbahasan ulama-ulama di dalam penulisan-penulisan mereka yang bersandarkan dari sumber-sumber hukum syarak. Setakat yang diketahui tiada larangan yang jelas dari nas-nas syarak yang melarang amalan tersebut. Dalil-dalil larangan yang didatangkan oleh golongan penentang amalan tersebut adalah tidak kukuh dan mereka seolah-olah bersifat terburu-buru dalam mengeluarkan hukum kerana banyak kecacatan terdapat dalam cara mereka mengeluarkan hukum.
Meskipun pada asalnya adalah harus kerana tiada nas yang sarih/nyata dalam amalan tahlil dan kenduri arwah ini, tidak bererti kita tidak mendapat apa-apa bila melakukannya kerana kandungantahlil itu adalah himpunan zikir dan juga doa untuk si mati yang merupakan tuntutan agama. Begitu juga dengan melakukan kenduri arwah. Apa salahnya memberi makan kepada orang?
Dalam perbahasan yang kecil ini dicuba semampu ada untuk mendatangkan dalil-dalil bagi permasalahan tahlil dan kenduri arwahyang dibangkitkan semula oleh golongan tertentu.
1 – Dalil umum keharusan bertahlil :
Dalil al-Quran :
Ritual bacaan tahlil pada hakikatnya adalah nama atau istilah untuk suatu acara berzikir dan berdoa atau bermunajat bersama kepada Allah dengan membaca kalimah-kalimah toyyibah seperti tahmid, takbir, tasbih, selawat, doa-doa dan lain-lain. Dan pada intinya ritual tersebut adalah doa yang dilakukan sejumlah orang untuk mendoakan si mati kerana Allah memerintahkan kita untuk berdoa kepadaNya seperti yang tersebut di dalam al-Quran:
- Surah Muhammad, 19 :
فَٱعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ ٱللَّهُ وَٱسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَاتِ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
Dari ayat tersebut menerangkan bahwa orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan mendapatkan manfaat dari istighfar orang mukmin lainnya untuknya.
- Surah Nuh, 28 :
رَّبِّ ٱغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَاتِ وَلاَ تَزِدِ ٱلظَّالِمِينَ إِلاَّ تَبَاراً
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!
- Surah Ibrahim, 40-41 :
رَبِّ ٱجْعَلْنِي مُقِيمَ ٱلصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
- Surah Al Hasyr, 10 :
وَٱلَّذِينَ جَآءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَانِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاًّ لِّلَّذِينَ آمَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.
Beberapa ayat dan keterangan tersebut menjadi bukti nyata bahwa orang yang beriman tidak hanya memperoleh pahala dari perbuatannya sendiri bahkan mereka juga mendapat manfaat dari amalan orang lain.
Dalil al-Hadis :
Selain dalil daripada al-Quran yang menerangkan bahawa orang yang sudah meninggal dunia mendapat manfaat amalan orang lain, dalam al-Hadis juga tedapat keterangan yang menyatakan hal tersebut. Seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radiallahuanhu :
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى الْمَيِّتِفَأَخْلِصُوْا لَهُ الدُّعَاَء (سنن الترمذى)
“Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, Jika kamu semua menyembahyangkan mayat, maka berdoalah dengan ikhlas untuknya. (Sunan At-Tirmizi)
Hadis tersebut secara jelas menerangkan bahawa Rasulullah ﷺmemerintahkan kepada umat islam untuk mendoakan orang yang sudah meninggal dunia dengan tulus ikhlas. Hal ini bererti bahawa doa yang dibaca dengan ikhlas bermanfaat bagi si mati yang dimaksudkan. Jika tidak ada manfaatnya nescaya Rasulullah tidak bersabda sedemikian. Setiap perkataan dan tingkah laku Rasulullah tidak sia-sia.
اَنَّ عَائِشةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا سَأَلَتِ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ أَقُوْلُ إِذَا اسْتَغْفَرْتُ لِاَهْلِ الْقُبُوْرِقَالَقُوْلِى اَلسَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الْدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ وَإنَّاإنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَاحِقُوْنَ (صحيح مسلم)
“Sesungguhnya Aisyah radiallahuanha bertanya kepada Rasulullah ﷺ; Apa yang harus dibaca ketika aku memohon ampun bagi ahli kubur? Rasulullah ﷺ menjawab; Ucapkanlah olehmu: Salam sejahtera atas engkau semua wahai ahli kubur dari golongan mukminin dan muslimin, semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya bagi orang-orang yang mendahului serta orang-orang yang datang kemudian dari kami, dan dengan izin Allah kami akan menyusul kalian.”
Hadis di atas menerangkan bahawa Rasulullah ﷺmenganjurkan untuk menziarahi kubur dan mengucapkan salam kepada ahli kubur serta mendoakannya dan ada juga hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah ﷺ sering ziarah ke Makam Baqi’. Dapat difahami dari penjelasan tersebut, bahawa ahli kubur dapat mendengar salam dari orang yang mengucapkan salam kepada ahli kubur tersebut dan memperoleh manfaat dari doa tersebut.
Banyak lagi dalil dari al-Hadis yang menjelaskan bahawa amalan orang yang masih hidup dapat memanfaatkan orang-orang yang sudah meninggal dunia, dan dengan disebutkan beberapa dalil dari al-Hadis yang tersebut di atas dirasakan sudah memadai untuk difahami oleh kita yang awam ini.
Dalil Kaedah-kaedah Fikah :
– الأصل فى الأشياء الإباحة إلا إذا دل الدليل على تحريمه فهو حرام .
Hukum asal sesuatu ialah harus melainkan ada dalil yang mengharamkan, maka hukumnya haram.
Dalam permasalahan tahlil ini, kita tidak dapati dalil dari al-Quran mahu pun as-Sunnah yang secara jelas mengharamkan atau mengharuskan. Justeru, kita mengambil kira pada hukum asalnya iaitu harus kerana tiada larangan yang jelas.
– الأمور بمقاصدها .
Tiap-tiap perkara itu menurut apa yang diniatkan.
Daripada kaedah yang pertama tadi dapat kita fahami bahawa hukum asalnya adalah harus kerana tiada larangan yang jelas. Kaedah yang kedua ini pula menjelaskan kepada kita bahawa setiap apa yang kita lakukan tak dapat tidak berkait dengan apa yang kita niatkan. Jika kita niatkan bacaan tahlil tadi untuk si mati, dengan izin Allah sampai pahalanya kerana yang memberi itu adalah Allah.
2 - Dalil bacaan-bacaan dalam tahlil :
2.01 - Membaca Surah Al-Fatihah.
Dalil mengenai keutaman Surah Fatihah:
عَنْ أَبِي سَعِيدِ بْنِ الْمُعَلَّى قَالَ: قَالَ لِيْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلَا أُعَلِّمُكَ أَعْظَمَ سُورَةٍ فِي الْقُرْآنِقَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ مِنَ الْمَسْجِدِ؟. فَأَخَذَ بِيَدِي فَلَمَّا أَرَدْنَا أَنْ نَخْرُجَ قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قُلْتَ لَأُعَلِّمَنَّكَ أَعْظَمَسُورَةٍ مِنَ الْقُرْآنِ. قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُوتِيتُهُ. )رواهالبخاري(
Ertinya: “Daripada Abu Said al-Mualla radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku: “Mahukah aku ajarkan kepadamu surah yang paling agung dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid?”. Maka Rasulullah memegang tanganku. Dan ketika kami hendak keluar, aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Engkau berkata bahawa Engkau akan mengajarkanku surah yang paling agung dalam al-Quran”. Baginda menjawab: “الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ(Surah al-Fatihah), ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang (dibaca pada setiap sembahyang), ia adalah al-Quran yang agung yang diberikan kepadaKu”.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.02 - Membaca Surah al-Ikhlas.
Dalil mengenai keutamaan Surah al-Ikhlas.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ: أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُالْقُرْآنِ .) رواه البخاري(
“ Daripada Abu Said al-Khudri radiallahuanhu, dia berkata: Nabi bersabda kepada para sahabatNya: “Apakah kalian tidak mampu membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?”. Maka mereka merasa berat dan berkata: “Siapakah di antara kami yang mampu melakukan itu, wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ(Surat al-Ikhlas) adalah sepertiga al-Quran”(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.03 - Membaca Surah al-Falaq
2.04 - Membaca Surah an-Naas
Dalil keutamaan Surah al-Falaq dan an-Naas.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اشْتَكَى يَقْرَأُ عَلَى نَفْسِهِ بِالْمُعَوِّذَاتِوَيَنْفُثُ فَلَمَّا اشْتَدَّ وَجَعُهُ كُنْتُ أَقْرَأُ عَلَيْهِ وَأَمْسَحُ بِيَدِهِ رَجَاءَ بَرَكَتِهَا. )رواه البخاري(
“ Daripada Aisyah radiallahuanha, bahawasanya Rasulullah bila sakit Baginda membaca sendiri al-Muawwizaat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas), kemudian meniupkannya. Dan apabila rasa sakitNya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tanganNya mengharap keberkatan dari surah-surah tersebut”.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.05 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 1 sampai 5
2.06 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 163
2.07 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi)
2.08 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 284 sampai akhir surah.
Dalil keutamaan ayat-ayat tersebut:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ: مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَاللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ وَآيَتَانِ بَعْدَهَا وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا أَوَّلُهَا ( لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ).) رواه ابن ماجه(
“Daripada Abdullah Bin Mas’ud radiallahuanhu, dia berkata: “Barangsiapa membaca 10 ayat dari Surah al-Baqarah pada suatu malam, maka syaitan tidak masuk rumah itu pada malam itu sampai pagi, iaitu 4 ayat permulaan dari Surah al-Baqarah, Ayat Kursi dan 2 ayat sesudahnya, dan 3 ayat terakhir yang dimulai (لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ).” (Hadis riwayat: Ibnu Majah).
2.09 - Membaca Tahlil : لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ
Dalil mengenai keutamaan membaca tahlil (kalimah لا إله إلا الله ):
عَنْ جَابِرِ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِي اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَاإِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الْحَمْدُ لِلَّهِ . )رواه الترمذي وابن ماجه(
“ Dari Jabir bin Abdullah radiallahuanhuma, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik zikir adalah ucapan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ, dan sebaik-baik doa adalah ucapan الْحَمْدُ لِلَّهِ”. (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌفَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌعَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى . )رواه مسلم(
“ Daripada Abu Zar radiallahuanhu, daripada Nabi , sesungguhnya Baginda bersabda: “Bahawasanya pada setiap tulang sendi kalian ada sedekah. Setiap bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap bacaan tahmid itu adalah sedekah, setiap bacaan tahlil itu adalah sedekah, setiap bacaan takbir itu adalah sedekah, dan amar makruf nahi munkar itu adalah sedekah, dan mencukupi semua itu dua rakaat yang dilakukan seseorang dari Sembahyang Duha.”(Hadis riwayat Muslim).
Syeikh Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai bertahlil. Apa katanya? Lihat dalam Majmuk al-Fatawanya ;
و سئل عمن ((هلل سبعين ألف مرة,و أهداه للميت,يكون براءة من النار)) حديث صحيح أم لا؟ و إذا هلل الإنسان و أهداه إلى الميت يصل إليه ثوابه, أم لا؟
فأجاب: إذا هلل الإنسان هكذا: سبعون ألف,أو أقل,أو أكثر,و أهديت إليه,نفعه الله بذلك,وليس هذا حديثا صحيحا,و لا ضعيفا.والله أعلم
Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai orang yang: ((bertahlil 70000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka)). Adakah Hadis tersebut sahih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
Maka Ibnu Taimiyyah menjawab:
Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan Hadis tersebut tidaklah sahih dan tidak juga doif (yakni tidak sabit kedudukan Hadis tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allah jualah Yang Maha Mengetahui.
2.10 - Membaca selawat Nabi.
Dalil keutamaan membaca selawat Nabi:
- Surah Al-Ahzab, 56 :
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad ﷺ ); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadaNya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَالْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً (رواه الترمذي وقال: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ) ثُمَّ قَالَ: وَرُوِي عَنْ النَّبِيِّ صَلَّىاللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا وَكَتَبَ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ.
“ Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Manusia yang paling utama di sisiKu pada Hari Kiamat ialah yang paling banyak membaca selawat kepadaKu” (Hadis riwayat at-Tirmizi, dan dia berkata: Hadis ini Hasan Gharib). Kemudian dia berkata: Dan diriwayatkan daripada Nabi , sesungguhnya Baginda bersabda: “Barangsiapa membaca selawat kepadaKu sekali, maka Allah memberinya selawat (rahmat) kepadanya 10 kali dan mencatat 10 kebaikan untuknya”.
2.11 - Membaca doa.
Keutamaan berdoa:
- Surah Ghaafir, 60 :
وَقَالَ رَبُّكُـمُ ٱدْعُونِيۤ أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَالدُّعَاءِ.) رواه ابن ماجه و الترمذي, و قال هذا حديث حسن غريب(
“ Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi, kata at-Tirmizi: hadis ini Hasan Gharib)
Demikianlah dalil-dalil yang dijadikan landasan kepada amalan tahlil untuk mendoakan si mati agar diampuni kesalahan-kesalahanya ketika di dunia atau di tambah pahalanya oleh Allah. Jadi, kalau dikatakan bertahlil itu tidak ada dasar hukumnya, tidak ada dalilnya, atau tidak ada landasannya, maka jelas sekali kenyataan itu sebenarnya salah sesalah-salahnya. Dalil-dalil yang tertera sudah cukup untuk dijadikan dasar pengambilan hukum.
3- Dalil Kenduri Arwah :
Ada riwayat di dalam Sahih Bukhari :
حدثنا عمرو بن خالد قال حدثنا الليث عن يزيد عن أبي الخير عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما
أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم : أيّ الإسلام خير؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف.
Telah memberitahu kepada kami oleh ‘Amr Bin Khalid, beliau berkata : telah memberitahu kepada kami oleh Al-Lais daripada Yazid daripada Abil-Khair daripada ‘Abdullah Bin ‘Amr RadiaLlahu-‘anhuma bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ : Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik? Jawab Nabi ﷺ : Memberi makanan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali atau pun tidak.
Memberi makanan dalam Hadis tersebut bersifat umum, tidak dikaitkan dengan perkara yang khusus. Termasuklah antaranya kenduri arwah, memberi makanan kepada peminta-peminta sedekah dan sebagainya. Menurut kaedah, kita tidak boleh mengkhususkan sesuatu hukum dengan dalil yang umum selagi mana tidak ada dalil yang mengkhususkannya.
Meskipun begitu, perlu diingatkan di sini bahawa mengadakan kenduri arwah dengan perbelanjaannya dari harta pusaka si mati yang sebahagian dari pewarisnya belum baligh yang masih belum tiba masa berhak menguruskan hartanya , maka haram. Sebaliknya jika harta pusaka tersebut telah dibahagikan dan diambil dari perwaris yang sudah berhak mengurus hartanya sendiri, atau harta yang selain dari pusaka si mati misalnya duit gaji anak / waris si mati sendiri, bukan merupakan wang harta pusaka, maka tiada halangan keharusannya mengadakan kenduri arwah dengan menggunakan harta yang begitu.
Hadis Towus (طاوس ) :
( ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا . فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام . )
Ertinya : Berkata Towus, bahawasanya segala orang yang mati itu difitnah di dalam kubur mereka dalam masa 7 hari. Maka adalah mereka itu ( para Sahabat) suka memberi makanan ganti daripada mereka itu ( orang-orang mati di dalam kubur ) pada demikian hari.
Maksud Hadis tersebut ialah orang-orang yang mati akan ditimpa dengan fitnah selama 7 hari pertama selepas dikebumikan. Para Sahabat suka berbuat kebajikan dengan memberi makanan pada hari tersebut supaya dengan pahala kebajikan tersebut dapat sampai kepada si mati dan dengan berkat amalan kebajikan tersebut dapat menyelamatkannya dari fitnah tersebut.
Berkata Imam as-Sayuti di dalam kitabnya الحاوي للفتاوي, Katanya : ( كانوا يستحبون )“Adalah manusia pada ketika itu melakukan amalan sedemikian pada zaman Nabi ﷺ, dan baginda tidak ingkar akan amalan tersebut.
PENUTUP.
Sebagai mengakhiri penulisan yang kecil ini, diseru kepada pencinta-pencinta agama agar dalamilah ilmu agama dengan bersungguh-sungguh. Jauhilah dari perbalahan yang tidak mendatangkan faedah. Semoga Allah merahmati kita semua.
loading...

18 Responses to "Hukum Mengerjakan Kenduri Arwah Dan Membaca Tahlil"

  1. https://youtu.be/i9FBwLPCy0k

    Menggugat sistem yang zalim

    ReplyDelete
  2. Jangan nak pandai pandai,apakah ulamak ulamak terdahulu yg sudah muktabar itu tidak tahu hadith?yg ko ni baru nak kenal 'alif'dan riak hebat dri mereka?common la,kalau ko tak nak buat,ko rileks kat korna sudah,dan jgn nak menyalak menyalahkan orang lain.Kalau mak bapa ko selama membesarkan ko tu ada mengamalkannya kira kira mereja itu SALAH?

    ReplyDelete
  3. Kalau Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan para sahabat tidak pernah melakukannya adakah mereka tersilap atau terlupa mengajarkannya kpd kita semua??? Itu tidak akan pernah berlaku kerana Agama ini sudah lengkap tidak perlu ditambah2 lagi.

    ReplyDelete
  4. Saya bawakan 8 kitab yang mengatakan amalan kenduri arwah adalah amalan bidaah

    1-Kata imam al nawawi :

    قال الصاحب الشامل وغيره : وأما إصلاح أهل الميت طعاما وجمع الناس عليه فلم ينقل فيه شيء وهو بدعة غير مستحبة هذا الكلام صاحب الشامل

    [ Al majmu syarah al muhazzab, imam nawawi juzuk 6 , hlmm 402 ]

    2-disebut dalam kitab feqah mazhab syafie iaitu kitab fiqh al manhaji ala mazhab imam syafie

    اشغال أهل الميت بصنع الطعام وجمع الناس عليه كما هو المعتاد في هذا العصر بدعة تناقض السنة وتخالفها مخالفة شديدة

    [ Fiqh al manhaji ala mazhab imam syafie juzuk 1 halaman 264 ]

    3- kata Professor Dr wahbah az zuhaili, Ahli Majlis Fatwa Syria :

    أما صنع أهل البيت طعاما للناس فمكروه وبدعة لا أصل لها لأن فيه زيادة على مصيبتهم وشغلا لهم إلى شغلهم وتشبها بصنع أهل الجاهلية.

    [ Fiqh al islami wa adillatuhu, juzuk 2 halaman 483 ]

    4- kata Professor Dr muhammad az zuhaili

    بدع الجنائز

    استحدث الناس بعض الأمور وهي بدع منهي عنها ويجب التحرز منها والابتعاد منها حمل أكاليل الورود مع الجنازة فهي بدعة محرمة لأنها تشبه بالكفار مع إضاعة المال والمفاخرة ومنها تشييد القبور والبناء داخلها وعليها والندب على الميت وانشغال أهله بصنع الطعام وجمع الناس عليه بعد الموت أو بعد أسبوع أوبعد الأربعين بل السنة أن يعمل قرابة الميت وجيرانه طعاما لأهل الميت في يومهم وليلتهم

    [ muktamad Fiqh syafie, juzuk 1 halaman 649 ]

    5 - disebut dalam mughni al muhtaj, khatib asy syarbini

    ويحرم تهيئته للنائحات والنادبات والله أعلم لأنها إعانة على معصية قال ابن الصباغ وغيره أما إصلاح أهل الميت طعاما وجمع الناس عليه فبدعة غير مستحب

    [ mughni al muhtaj, juzuk 2 halaman 85 ]

    6 - disebut dalam al bayan fi mazhab imam syafie :

    قال ابن الصباغ وأما إصلاح أهل الميت طعاما وجمع الناس عليه فلم ينقل فيه شيء وهو بدعة غير مستحب

    [ al bayan fi mazhab imam syafie, juzuk 2 halaman 126 ]

    7 - Kata Professor Dr wahbah az zuhaili

    ويلح على أهل الميت في الأكل ويحرم تهيئة للنائحات. وما يفعله أهل الميت من طعام وجمع الناس عليه بدعة غير حسنة

    [ Fiqh syafie muyassar, juzuk 1 halaman 313 ]

    8 - Kenyataan mufti wilayah persekutuan, SS Datuk Dr zulkifli mohammad al bakri :

    Perkara bidaah terhadap jenazah

    Ketujuh : keluarga si mati sibuk menyediakan makanan dan menjamu orang ramai sebagaimana kebiasaan masa kini. Hal ini adalah bidaah yang sangat bertentangan dengan sunnah yang mengajurkan sebaliknya iaitu sebahagian mereka yang menziarahi jenazah, menyediakan makanan dan menghantar kan nya kepada keluarga si mati atau seseorang mengundang dan menjamu mereka di rumahnya

    [ Fiqh jenazah panduan pengurusan, hukum & Fatwa, Dr zulkifli mohammad al bakri, halaman 105 ]

    Dalil hadis yang digunakan oleh mereka :

    Hadis Jarir Bin Abdullah (r.a) katanya:
    كنا
    نعد الإجتماع إلي أهل الميت وصنعة الطعام بعد دفنه من النياحة.

    Maksudnya:

    Kami mengira berhimpun orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengebumiannya adalah sebahagian dari ratapan kematian.

    (diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih).

    ReplyDelete
  5. Kata imam al nawawi dalam raudhoh tholibin :

    قلت : قال صاحب الشامل : وأما إصلاح أهل الميت طعاما وجمعهم الناس عليه فلم ينقل فيه شىء قال وهو بدعة غير مستحبة

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Kenapa budak2 yg baru jadi ustaz ni duk bising pasal amalan zikir , yg telah di buat turun temurun oleh ulamak , ustaz, imam2 dan lebai.Tiba2 muncul golongan ustaz2 baru yg merasa diri mereka lebih bijak dari ulamak dahulu sbb mereka ada ijazah, betul ke tidak ada ijazah kita tak tahu, lepasan universiti pakistan mana kita tidak tahu. Bila balik kampung, mulalah berceramah dengan isu 2 begini supaya nak suruh orang nampak hebat.
    Ulamak2 dahulu ni kamu ingat diorang tak belajarkah..ulamak dahulu lah yg lebih banyak belajar dari ustaz2 yg membawa fahaman baru. Setahu saya, ulamak2 dahulu ni..sebelum menyambung pelajaran di mesir, mereka belajar di pondok yang guru -
    gurunya boleh dikatakan semua bertaraf ulamak selain belajar ilmu Al Quran dan Hadis, mereka belajar dan menadah kitab2 muktabar karangan ulamak2 tersohor yg menjadi rujukan umat islam, selepas itu baru menyambung belajar di universiti 2 di timur tengah. Jadi adakah ulamak dahulu tak bijak berbanding ustaz2 baru yg mereka kata ada sijil jurusan hadis contohnya, yg mereka
    Kata tak jumpa hadis pasal tahlil untuk si mati. Kalau kita tengok majlis zikir itu pun banyak fadhilatnya, majlis zikir atau zikrullah adalah satu ibadah yg agung untuk mendekatkan diri hamba kepada Allah dan merupakan majlis mulia di sisi Allah. Jika majlis tahlil mulia di sisi Allah, adakah salah kita buat majlis tahlil ketika kebumi dan selepas kematian serta berdoa untuk simati, Adakah salah anak2 si mati menyediakan sedikit makanan kpd tetamu niat utk di sedekahkan kpd si mati. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, Barangsiapa ingin menempati taman2 syurga di dunia, hendaklah dia menempati majlis zikir, krn ia adalah taman2 syurga.
    Majlis zikir merupakan majlis para malaikat, Rasulullah saw. Bersabda : Tidaklah sekelompok orang duduk berzikir kpd Allah swt. kecuali para malaikat mengelilingi mereka, rahmat meliputi mrk., ketenteraman turun kpd mereka, dan Allah menyebut - nyebut mereka di hadapan ( para malaikat ) yg ada di sisinya.
    Wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn suka menyalahkan org lain... Tak nak buat sudah... Diam je...

      Kalau kita hadiri ke tempat orang mati sembang berbual aje lah...

      Delete
    2. Kalau ikut amalan dulu2, bersanding pun amalan dulu2 kn?. Jadi ianya sunah la ya sebab dari dulu2 lgi dah buat?

      Sebelum bgi hujah tu, sila semak dulu fatwa Imam Syafie tentang kenduri kawin dn bacaan utk si mati ni , juga pandangan 4 mazhab utama (yg mana satu pun tak ada kata kenduri arwah tu sunat/harus). Tak perlu nk tunding org baru blajar ke apa. Tak mesti nya yg lama selalu betul ( contoh spt persandingan) , dn tak mesti nya yg baru sentiasa salah. Kalau nk tahu tentang usul kenduri arwah tu, sila baca kisah wali songo di indonesia. Dia terpaksa buat/benarkn kenduri arwah masa tu demi utk menjaga hati org hindu yg baru masuk islam. Tpi perancangan nya hanya utk sementara sehingga mereka btol2 faham Islam. Yg kita ikut sampai skrg benda yg Nabi saw dan para sahabat tak pernah amalkn tu kenapa?
      Yg kita tak ikut pandangan 4 mazhab utama tu kenapa?

      Delete
  8. Tahlil tidak salah... zikir pun tidak salah. Masalah sekarang ialah kenduri semasa tahlil tersebut. Ada yang buat 7 malam dan selepas 7 malam tiap2 malam jumaat hingga hari ke 40. Hari ke 40 ada yang buat kenduri besar dan panggil ramai orang macam kenduri kahwin.

    Ada juga keluarga yang tidak mampu nak buat kenduri tahlil tapi diminta buat dengan alasan tidak baik atau tidak elok kalau tak buat.

    Dan ada juga orang kata kenduri tahlil kena buat atau dengan kata lain "wajib".

    Jika dilihat situasi sekarang kenduri tahlil ini seperti perkara yang wajib dibuat. Jika tidak dibuat, ada yang marah2... Itulah masalahnya sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju yg ni...sepatutnya jiran dtg utk meringankn beban keluar si arwah...bkn memudaratkn...bagi yg mampu mungkin blh bersenyum lebar...bagi yg x mampu...adakah kita sbgai tetamu yg hadir blh berfikir...😊😂 sbb sya sudah melaluinya..apa yg baik kita buat..x semestinya dihidang dgn.mkanan yg lazat...#AkuInsanBiasa.

      Delete
  9. Assalamualaikum
    Kan saudara kita menyatakan ia nya harus hukum nya. Kita lihat dari segi yang boleh mendatangkan pahala dan reha nya kenapa sampai jadi bersalah2an tentang ini .. asal tujuan dan niat kita baik semsama muslim dan bersatu padu alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. "Sekiranya ditakdirkan Nabi Muhammad hidup dikalangan kita pada hari ini, siapa diantara kalian yang sanggup mengajar Nabi cara-cara melakukan ibadat tahlil ni?" Ni petikan drpd ikomen.wordpress.com. Klik link utk ulasan penuh.

    ReplyDelete
  11. Umur berapa yg wajib membaca doa untk arwah

    ReplyDelete