Masyallah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu. Umur saya telah hampir separuh abad namun baru sekarang baru saya tahu tentang kelebihan ayat-ayat 128-129 di dalam Surah At-Taubah.
Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada saya di saat-saat saya sunyi sendiri menghadapi kesukaran dan pancaroba hidup ini. Inilah buktiNya Dia masih bersama saya kerana di masa begini tiba-tiba saya terjumpa dan terbaca dengan tidak sengaja tentang kelebihannya.
Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat ini dengan seberapa ramai yang boleh.
Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah
– jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
– jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
– jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
– jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
– jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
– jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
– jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Untuk dipermudahkan hafazan:
Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
Maksud ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Bahasa Inggeris
Surely, a Messenger has come unto you from among yourselves; grievous to him is that you should fall into trouble; he is ardently desirous of your welfare; and to the believers he is compassionate, merciful.
Maksud ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.
Bahasa Inggeris
But if they turn away, say, ‘Allah is sufficient for me. There is no God but He. In Him do I put my trust, and He is the Lord of the mighty Throne
Jadi kepada semua saudara-saudara ku yang sedang membaca, yang secara tidak sengaja terbaca akan tulisan saya di sini. Mungkin itu pun dengan kehendak Allah SWT juga. Amalkanlah. Tidak akan rugi apa pun malah dengan izinNya mungkin saudara dapat keluar dari apa sahaja permasalahan yang saudara hadapi. Ataupun mungkin apa yang dihajati akan ditunaikan olehNya.
loading...
boleh berkongsi dengan saya di manakah di dalam Quran & Sunnah didapatkan dalil berkenaan fadhilat surah ini?
ReplyDeleteBoleh ditemui didalam alquran Surah al Taubah ayat 128 dan 129
Deletedi dalam tafseer ibnu katsir ada detail
DeleteSaya mohon utk share..terima kasih
ReplyDeleteSaya mohon utk share..terima kasih
ReplyDeleteadakah amalan untuk membantu anak supaya diberikan kemudahan dalam pendidikan dan karir untuk masa depannya. sebelum dan sesudahnya terima kasih.
ReplyDeleteJadikan amalan
ReplyDeleteAmalan yang baik
ReplyDeleteBagaimana klau kita amal seperti biasa contoh tidak cukup lima waktu,kadang tidak solat langsung boleh kita amal mcm tu saja?
ReplyDeletesebaiknya cukupkan yang wajib kerana itulah yang pertama dihisab
Deleteapakah pegajaran yang oleh didapati di dalam surah at tauah ayat128-129 ini
ReplyDeletesaya cuba amalkan untuk diberi kemudahan yang berterusan dan amalan yang baik
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Syukran jazilan.. Semuga diterima amalan kita aminn
ReplyDeleteI have a hard time describing my thoughts on content, but I really felt I should here. Your article is really great. I like the way you wrote this information. ecco.com.my
ReplyDeleteSangat baik.di.istiqomahkan.bacaannya.setiap sehabis.sholat lima.waktu
ReplyDelete7x..dibaca.. semoga Allah SWT menolong kita.semua..aamiin
Ya Allah .. Alhamdullilah.. terjumpa ayat ni. Mmg rezeki datang tak disangka. Amin Amin bersyukur kepada mu Ya Allah.
ReplyDeleteBoleh kh diamalkan untuk tujuan memohon dipermudhkn ank yg yg akan menduduki exam bsr?
ReplyDeleteSaya ambil penkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya. Terima kasih.
ReplyDeleteSaya ambil penkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya. Terima kasih
ReplyDeleteSubhanallah..urusan sy sudah dipermudahkan..yakinlah tak cepat, lambat mesti tiba yg kita hajat tu..terima kasih Ya ALLAH.
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga sy terus istiqamah dlm mengamalkan ayat ini...
ReplyDeleteThis was really an interesting topic and I kinda agree with what you have mentioned here! kiss918
ReplyDelete