Adakah Penting Anda Berwasiat?

Kongsikan di



Salah satu fitnah atau ujian yang melanda manusia sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga kini adalah harta.
Sebagai contoh apa yang berlaku dalam peristiwa Perang Uhud, apakah punca kekalahan tentera Muslimin ketika itu? Apabila harta berlonggok berada di depan mata, diri seakan terpukau dan alpa sebentar sehingga ‘terlupa’ akan pesanan Rasulullah s.a.w untuk menjaga perbatasan waktu itu.
Kini, harta juga menjadi salah satu punca keretakan dan pergaduhan dalam rumahtangga antara suami isteri mahupun adik-beradik dek kerana berebutkan harta daripada ibu bapa yang sudah meninggal dunia.
Masing-masing ingin menegakkan haknya dan seakan ‘terlupa’ dengan ikatan kasih sayang yang disemai sebelum itu. Justeru, apa pula kaitannya dengan wasiat seperti tajuk di atas?
Tahukah kita, Islam adalah agama rahmat dan syumul yang membawa penyelesaian terhadap segala inci kehidupan manusia, termasuklah dalam bab harta. Wasiat adalah salah satu syariat Islam selain berwakaf, zakat dan lain-lain.
Berikut dikongsikan seputar mengenai wasiat dan kepentingannya;

#1 – Apa Itu Wasiat?

Wasiat adalah salah satu bentuk penyerahan atau pelepasan harta dalam syariat Islam.
Menurut para fuqaha, wasiat adalah pemberian hak milik secara sukarela yang dilaksanakan setelah pemberinya meninggal dunia, sama ada berupa harta pusaka, barang, hutang mahupun manfaat lain.

#2 – Apakah Syarat-Syarat Wasiat?

1- Penerima wasiat mestilah Muslim dan berakal.
2- Pemberi wasiat hendaklah berakal, boleh membezakan antara hak dan batil dan mempunyai apa yang ingin diwasiatkan.
3- Sesuatu yang ingin diwasiatkan itu hendaklah perkara yang diharuskan dalam Islam.

#3 – Apakah Hukum Wasiat?

Hukumnya adalah wajib bagi mereka yang memiliki harta yang banyak dan wasiat itu adalah untuk kedua orang tua dan kaum kerabatnya.
Sepertimana firman Allah s.w.t bermaksud;
“Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang di antara menghadapi (tanda-tanda) kematian, jika ia meninggalkan harta yang banyak, hendaklah meninggalkan wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara makruf (baik).”Surah al-Baqarah:180

#4 – Apakah Kepentingan Dan Tujuan Wasiat?

Tahukah kita, dengan berwasiat juga dapat mendekatkan diri kita dengan Allah s.wt.
Ini kerana wasiat adalah tinggalan yang diberikan kepada mereka yang masih hidup di muka bumi dengan harapan ianya dapat meringankan bebanan hidup orang yang ditinggalkan, memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan mengeratkan silaturrahim antara kaum kerabat.
Seterusnya, dapat menambahkan bekalan akhirat kepada pemberi wasiat yang sudah meninggal dunia.

#5 – Ayat Al-Quran Dan Hadis Yang Berkait Dengan Wasiat

Terdapat beberapa ayat al-Quran yang membicarakan mengenai wasiat. Antaranya;
1- Surah al-Baqarah : 180
2- Surah al-Maidah: 106
3- Surah al-Mumtahanah : 8
4- Surah an-Nisa : 12
Manakala hadis pula boleh dirujuk menerusi Kitab Jual Beli dalam Bab Wasiat yang diterangkan secara terperinci.
Dari Ibnu Umar r.h bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
“Tidak ada hak seorang Muslim yang memiliki sesuatu yang dia ingin wasiatkan, kemudian ia tidur dua malam, kecuali jika wasiatnya ditulis di sisinya.”Riwayat Bukhari dan Muslim
Wallahua’lam. Semoga mendapat sedikit pencerahan.




Sumber : tazkirah.net
loading...

0 Response to "Adakah Penting Anda Berwasiat?"

Post a Comment