TUJUAN ALLAH MENCIPTAKAN LALAT DI MUKA BUMI

Kongsikan di

Lalat salah satu haiwan yang tidak disukai oleh sebahagian manusia. Lalat selalunya akan hinggap di najis,lalu akan hinggap ke makanan atau minuman kita.Hal ini telah mewujudkan rasa geli dan menjijikkan kepada manusia kerana dianggap serangga yang kotor.

Lebih-lebih lagi lalat juga memang peka dengan bauan busuk,gemar ketempat sampah,kotoran haiwan dan sebagainya.Oleh itu tidak hairanlah  ramai orang berasa lalat adalah serangga yang membawa pelbagai penyakit seperti taun dan sebagainya.

Di atas pemikiran seperti itu, terdapat segelintir manusia menganggap,mengapa lalat diciptakan sedangkan ia mendatangkan mudaharat kepada manusia.Tetapi yakinlah sahabat,Allah tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Pasti ada peranannya dalam ekosistem  kehidupan manusia didunia ini.Ternyaya ,Al-Quran memilik segala jawapan atas pertanyaan tersebut. Untuk apa Allah menciptakan lalat? Berikut jawapannya.
“Hai Manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun. Walaupun mereka bersatu untuk membuatnya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pula) yang disembah.” (QS. Al Hajj: 73)

Dari ayat di atas, dapat diambil pelajaran bahwasanya kita harus menjadikan Allah SWT sebagai satu-satunya Zat paling agung yang wajib disembah. Selain itu, kita juga diwajibkan untuk meninggalkan kesyirikan yang biasa dilakukan oleh para penyembah berhala.

Ternyata tujuan utama Allah SWT membuat perumpamaan demikian adalah untuk menghinakan berhala dan orang yang menyembahnya. Maka dari itu, Allah SWT dengan sengaja memperlihatkan satu makhluk yakni lalat, yang mana berhala serta yang menyembah berhala tersebut tidak dapat membuatnya. Walaupun berhala ini berkumpul, mereka tetap tidak mampu membuat apa-apa.

Bahkan dalam perumpaan yang sebutkan dalam Al-Qur’an tersebut, Allah menggambarkan bahawa lalat lebih kuat untuk mempertahankan sesuatu yang telah diambilnya sehingga kaum menyembah berhala tersebut tidak mampu untuk mengambilnya kembali. Maka rugilah orang-orang yang menyembah berhala kerana perbuatan mereka sia-sia serta membinasakan mereka.

Allah SWT tentu saja memiliki maksud tersendiri dalam penciptaan segala sesuatu yang ada di semesta ini. Terlebih lagi jika ciptaan tersebut disebutkan dalam Al-Qur’an, pasti ada maksud tersendiri di balik itu semua.

Sebagai contoh Allah SWT banyak bersumpah dengan makhluk ciptaan-Nya seperti matahari, waktu Dhuha, dan lain sebagainya. Tentu  objek sumpah ini memiliki nilai lebih di hadapan Allah SWT agar manusia sentiasa melihat kebesarannya,dan terbukti secara ilmiah manfaat bagi alam semesta beserta isinya ini, termasuk di dalamnya penyebutan lalat di dalam Al-Quran.

Tidak hanya di dalam AL-Qur’an, lalat juga kerap di sebutkan dalam sabda Rasulullah SAW. Lalat ini sebenarnya memiliki dua bahagian yang berbeza, dimana satu bahagian dikatakan seperti racun, dan sebahagian yang lain memiliki penawar iaitu pada bagian sayapnya. Rasulullah SAW bersabda:

“Jika lalat terjatuh di minuman salah seorang di antara kamu, maka benamkanlah ia, kemudian lepaskanlah (buanglah), kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lainnya terdapat ubat (penawar).” (HR. al-Bukhari)

Hadist di atas adalah hadist yang shahih. Maka dari itu kita tidak boleh meragukan ucapan dari Rasulullah SAW karena beliau tidak pernah mengatakan segala sesuatu jika bukan berdasarkan dari wahyu Allah SWT.

Dalam sunan Ibnu Majah dari Abu Said Al-Khudri diriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Salah satu sayap lalat itu adalah racun, sementara yang lainnya adalah ubat. Maka, apabila seekor lalat jatuh dalam makanan, tenggelamkanlah. Karena ia mendahulukan racun dan mengakhirkan ubatnya”.
Selain rujukan hadis dan Al-Quran,dalam dunia ilmuan dan sains sudah dijalankan pelbagai kajian terhadapa lalat. Satu kumpulan pengkaji daripada Universiti Alicante,Sepanyol membuktikan bahawa larva lalat dapat mengurai najis haiwan dan manusia. Larva lalat juga berupaya untuk mengurai bangkai haiwan yang mati. Selepas bangkai tersebut diurai oleh larva lalat,ini akan mengimbangi ekosistem dimana bangkai yang diurai dikembalikan ketanah dalam bentuk baja.Hal ini seterusnya memberikan manfaat kepada keselesaan hidup manusia.

Diera pemodenan ini,ramai pengkaji menjalankan kajian untuk mendapatkan pelbagai ubat untuk pesakit-pesakit diabetis yang terpaksa memotong kaki mereka yang telah rosak dan busuk. Dengan kuasa dan kebesaran Allah ramai tidak sangka larva lalat juga dapat membantu menyelamatkan pesakit daripada terpaksa memotong anggota badan mereka yang telah rosak akibat nanah dan luka yang teruk.

Terdapat empat asas terapi ulat ini, ia membersihkan luka, membasmi kuman, merangsang penyembuhan luka, merosak dan menghalang pembuatan biofilem.Larva lalat dipercayai akan memakan daging-daging dan sel-sel kaki pesakit diabetis yang telah mati. Seterusnya hal ini membantu menyelamatkan anggota badan pesakit daripada dipotong.Dinasihatkan untuk membuat rawatan ini anda perlu berjumpa dengan pakar kerana dikuatiri akan dijangkiti kuman.
Demikianlah informasi mengenai alasan Allah SWT menciptakan lalat. Setiap apayang diciptakan oleh Allah tiada yang sia-sia. Kita sebagai manusia disuruh untuk memerhatikan alam dan yang akhirnya akan membawa kita bertemu dengan kebesaran .

Wallahualam.

SUMBER:  Suaramedia.org
loading...

0 Response to "TUJUAN ALLAH MENCIPTAKAN LALAT DI MUKA BUMI"

Post a Comment