Wanita Ini Belajar Untuk Ajar Anak Mengaji, Usahanya Harus Jadi Contoh!

Kongsikan di

Di dalam hati setiap ibu, tentunya ada pengharapan penuh terhadap anak yang dilahirkan agar menjadi seorang anak yang mendengar kata, soleh dan sekali gus menjadi anak yang baik.

Pun begitu, sebagai  orang tua pengharapan saja tidak mungkin akan berhasil tanpa usaha. Lantas jangan pula lupa memainkan peranan mendidik anak agar mencintai agamanya. Bercerita tentang usaha mendidik anaknya mengaji, perkongsian dari Siti ‘Aisyah di dalam FBnya ini boleh dijadikan contoh dan diteladani.

Ayuh ikuti perkongsiannya:-

Antara kata-kata yang amat biasa dilontarkan kepada saya, "Puan Aisyah untunglah, anak nak dengar cakap dan nak belajar dengan puan (ibunya). Anak saya susah tak nak dengar saya ajar pun."

Sebenarnya, anak saya pun susah untuk saya ajar pada awalnya. Tak dengar cakap, moody, tak nak mengaji, koyakkan buku dan banyak lagi dan sama saja. Kenapa saya pilih tidak menceritakan atau mengadu pada orang lain?

1) Kerana ia aib anak saya. Dikhuatiri kalau saya ceritakan, Orang mungkin akan berkata pula, "ish teruknya perangai anak ....Sebenarnya, bila kita mula bercerita sikap negatif anak pada orang lain, Ini pada pandangan saya, ia membuka aib anak kita sendiri sedangkan anak kita tak salah pun, dia masih kecil dan dalam proses belajar.

Tanya diri kita, kita suka tak kalau mak kita ceritakan keburukan kita (anaknya) pada kawan-kawannya dan orang lain yang kita tak kenal.

2) Masalah anak saya hanya akan saya ceritakan kepada Allah sebagai tempat mengadu utama dan kepada suami kerana suami pun faham perangai anak kami dan Allah akan bagi ilham. Suami pun akan berusaha sama berfikir keras untuk selesaikan masalah tersebut.

3) Bila ada masalah mengajar anak, biasanya lepas mengadu kepada 2 di atas. Saya akan mulakan proses mencari ilmu. Yup mencari ilmu untuk selesaikan masalah bagi kita dapat ajar anak kita. Banyak..usaha, usaha, usaha, ikhtiar, ikhtiar, ikhtiar. Walaupun masih belum nampak hasil.

4) Saya akan buat dan latih minda saya untuk terus berfikir dan keluarkan kata-kata positif untuk anak saya seperti."Nuha baik akhlaknya, hebat, hafaz Quran, dan lain lagi doa yang baik" Walaupun ketika itu dia sedang mengamuk sampai memukul. Apa yang kita fikir sebagai ibu = ia dalam kawalan kita. Kita mampu kawal. Kawal minda untuk terus berdoa yang positif untuk anak. Malah, terus terang. Waktu Nuha macam dah okay sikit nak belajar mengaji pun, waktu tu sebenarnya kami tengah pulun ubah pemakanan Nuha. Seperti minum susu fresh, tak bagi langsung gula-gula. Pendek kata, ada belajar di Seminar OCOC untuk pemakanan sihat ni bagi bantu Nuha untuk fokus semula.Supaya mudah nak masukkan ilmu dan mengajarnya juga. Sebenarnya, proses ajar anak ialah proses kita belajar.

4 sebab kenapa sekarang saya rasa lebih okay sikit ajar anak saya dan anak pun boleh nak dengar :-

1) Dah spend dan belajar ilmu islamic parenting dari seminar atau buku.

2) Kenal rakan-rakan yang tinggi semangat parentingnya untuk didik anak.

3) Belajar pemakanan sihat. Sampaikan kat rumah hanya minum susu fresh dan makan pun telur ayam kampung. Air kordial dan gula-gula pun tidak ada kat rumah ni.

 4) Nuha pun diajar membaca dan dah boleh baca. Bila kami tutup tv, dia  tak buka langsung kalau kat rumah. Hanya buka untuk alunan AlQuran atau 1-2 siri kartun educational.

Pendek kata usaha tu macam-macam sebelum nak nampak hasil tu.

Apa yang kita kena faham ialah :

1) Mengajar anak kecil memang susah jika tiada ilmu dan pengalaman. Ilmu perlu dicari dan pengalaman perlu dilalui.

2) Proses kehidupan memang begitu. Macam gelombang ada fasa down dan up. Yang penting kita pandai uruskan masalah anak kita dan elakkan give-up. Kadang-kadang, bila anak tak dengar apa kita ajar tulah, peluang kita nak tambah amal ibadat kita pada Allah. Dia nak kita bangun mengadu berdoa padanya.

sumber: nuhababy.com
loading...

1 Response to "Wanita Ini Belajar Untuk Ajar Anak Mengaji, Usahanya Harus Jadi Contoh!"

  1. Ini sumbernya dari nuhababy.com why must you copy paste someone else work then you said it's from keluarga.my? You're taking advantage from their work and efforts.

    ReplyDelete