Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan sifat yang Allah tetapkan untukNya tanpa menyerupakan dengan makhluk.
Firman Allah SWT, “Tidak ada suatu pun yang serupa denganNYA, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat”(Al-Syura: 11).
Juga firman Allah, “Dan tidak ada satu pun yang setara denganNya.” (Al-Ikhlas: 4).
Sebagai contoh, Allah menetapkan bagi diriNya sifat Mendengar dan Melihat. Ahli Sunnah wajib beriman dengan sifat Allah tersebut, sama sekali tidak mengingkarinya. Namun sifat Allah Mendengar dan Melihat itu tidak sama dengan sifat makhluk yang mendengar dan melihat.
Penglihatan manusia tentu tidak sama dengan penglihatan burung. Kaki manusia tidak sama dengan kaki kerusi. Apabila jelas perbezaan antara sesama makhluk dalam segala keadaan, maka tentu saja perbezaan antara Allah dengan makhluk lebih jelas.
Mana mungkin Allah sebagai Pencipta yang Mencipta sekalian alam ini, yang Maha Sempurna dan Maha Agung tanpa memiliki sebarang sifat kekurangan, boleh serupa dengan makhluk yang dicipta olehNya, yang memiliki kekurangan dan sentiasa memerlukan Tuhannya? Jelas bahawa perbuatan menyamakan Allah dengan makhluk adalah batil berdasarkan wahyu dan juga akal.
Kita meyakini bahawa kebenaran itu ada pada Salaf. Jika tidak, bererti kita menuduh para salaf dari kalangan Sahabat Nabi SAW dan yang mengikuti mereka dengan baik telah melakukan kebatilan, atau tidak mengatakan kebenaran. Atau kita menganggap mereka jahil terhadap kebenaran, atau mereka tahu kebenaran tetapi menyembunyikannya. Jelas bahawa ini tidak benar, maka tidak ada jalan yang lebih selamat kecuali beriman sebagaimana iman dan akidah Salaf Al-Soleh.
Sumber : hanifabdmajid.blogspot.my
loading...
0 Response to "Haram Menyerupakan Allah S.W,T Dengan Makhluk!!"
Post a Comment