Tips Psikologi : Elak Anak Bosan Tanpa Memberi Mereka Gajet

Kongsikan di
Image result for Tips Psikologi : Elak Anak Bosan Tanpa Memberi Mereka Gajet


Antara masalah ibu bapa sekarang adalah terlalu sibuk sehingga kadang-kala anak-anak terabai. Sekiranya anak-anak meragam, ada sesetengah ibu bapa yang mengambil jalan pintas memberi anak-anak bermain telefon pintar atau gajet agar mereka leka.
Selain itu, telefon pintar atau gajet juga seringkali digunakan sebagai alat untuk mengelakkan anak-anak berasa bosan. Ini adalah perkara yang tidak seharusnya dilakukakan oleh ibu bapa memandangkan pendedahan awal kanak-kanak kepada telefon pintar boleh menyebabkan ketagihan dan pelbagai kesan buruk kepada anak-anak.
Mari ikuti tips daripada Pn. Maryam Jamadi, seorang Occupational Therapist bagaimana untuk mengelakkan kanak-kanak bosan tanpa perlu memberi mereka telefon pintar atau gajet.
tips elak anak bosan tanpa gajet
Masa makan bagi gajet, takut anak bosan.Masa menunggu ayah balik rumah, buka tv takut anak bosan.  Masa memasak bagi gajet, takut anak bosan sorang-sorang.Masa nak pergi tandas bagi gajet, takut anak kacau dalam tandas.Masa tidak tahu hendak buat apa sebab tiada aktiviti, buka tv takut anak bosan.
Kenapa takut? Tak perlu takut pun anak bosan sebab perasaan bosan itu bagus. Bila bosan, komponen imaginasi dan kreativiti yang penting untuk perkembangan otak akan berkembang pesat dan laju umpama LRT. Jangan terkejut kalau saya kata otak anak bawah 3 tahun sangat-sangat laju, mereka sangat sibuk sebab dalam 1 masa dalam kepala ada 10 checklist yang perlu diselesainya. Mereka tidak sempat bosan pun melainkan bila sudah betul-betul penat. Kalau tidak percaya cuba perhatikan tanda-tanda di bawah: 
  1. Bila pegang 1 barang, nampak barang lain terus campak barang yang dipegang sebab tidak sempat hendak fikir letak barang baik-baik dibawah.
  2. Bila dah excited nak pergi ke sesuatu tempat, tiba-tiba nampak mainan di lantai terus kutip lepas itu terlupa hendak pergi tempat yang sepatutnya.
  3. Pantang nampak benda tersusun, rasa rimas dan geram mahu sepahkan. Selagi semua barang tersembunyi dan tidak berada di depan mata selagi itu anak "stress".
  4. Selagi tidak betul-betul sepah satu rumah selagi itu rasa tidak puas. Sebab kepala anak "serabut" fikir ada apa di sebalik almari atau kabinet.
  5. Kalau pergi shopping mall rasa macam baru keluar penjara bebas sebebas-bebasnya, nak lari sana sini tidak tentu arah sebab terlalu banyak tempat nak disepahkan dan buat "inspection".
  6. Bila di kedai baju, semua baju nak sentuh macam makcik bedah. Bila dapat sentuh, rasa macam baru menang kereta.
Situasi anak ini sama sahaja macam orang dewasa, itu yang kadang-kadang bila terlalu sibuk makan pun terlupa. Betul tak?
Jadi, masa fasa ini mereka tak ada istilah BOSAN. Kita tak perlu arah buat apa-apa atau sediakan aktiviti pun mereka dah tahu apa yang nak dibuat melainkan memang tak ada benda nak dikejar atau memang dah biasa disuap dengan gajet setiap kali waktu lapang. 
Kesannya, anak sudah ditetapkan mindanya.
Perasaan bosan ---> Gajet/tv ---> Tenang
Setiap kali kita happy, ada beberapa hormon yang dikeluarkan tapi yang paling popular adalah hormon dopamine, endorphins, oxytoxin dan serotonin. Bila kita selalu bagi gajet sebagai "ubat penenang" untuk anak, anak akan terkeliru dan belajar hanya gajet sahaja yang akan menenangkan mereka. 
Mak ayah perlu semat dalam kepala:
Bermain adalah fitrah mereka. Bermain bukanlah suatu tanda masalah tingkah laku. Sebab bermain adalah PEKERJAAN mereka. 
Anak memang perlu bersepah untuk belajar sesuatu. Rumah bersepah itu normal untuk sesiapa yang ada anak bawah 3 tahun. Tadika atau taska yang bersepah itu normal, tadika atau taska yang kemas itu tak normal ya.
Macam mana komponen imaginasi dan kreativiti hendak develop dengan baik jika mereka tidak sempat untuk bosan. Bila sel sel otak baru nak berhubung, mak ayah sudah sumbat penglihatan dan pendengaran anak dengan gajet atau tv. Bila otak baru nak meliar fikir benda yang hendak dibuat dan direka, ataupun baru hendak berangan jadi Ultraman mak ayah sudah bagi mainan yang mereka perlu main sebab tak nak mereka bising main lawan sorang-sorang. Macam mana mereka hendak menggabungkan rangsangan persekitaran dengan baik kalau sudah terbiasa "disuap".
kanak kanak suka tengok televisyen
Contohnya,
  • Anak baru nak ambil mangkuk dan sudu konon-konon meniru mak ayah masak di dapur tak jadi bila dah disuap dengan gajet awal-awal.
  • Anak baru nak ambil selimut konon-konon main pondok-pondok bawah selimut dah tak jadi bila mak ayah terus alihkan perhatian dengan tv.
  • Anak baru nak panjat tangga sebab nak belajar dan kenal tinggi rendah, mak ayah sudah angkat sambil alihkan perhatian mereka.
  • Anak baru hendak cuba pakai pampers di kepala konon-konon pakai topi sudah kena marah.
  • Anak baru hendak buat bangunan guna cawan dah kena marah.
Di taska atau tadika juga sama. Pada pendapat saya, untuk anak bawah umur 3 tahun mereka PERLU ada free time dimana mereka boleh main sepuas-puasnya tanpa ada "structured play" untuk perkembangan otak yang sihat. Kalau ada "structured play" pun sekadar 30 minit - 1 jam sahaja sehari untuk tujuan skil sosial.
Kalau anak terbiasa disuap, disuap dan disuap. Nampak macam baik dan bagus bila mendengar arahan atau mendengar kata. Tapi yang tak bagus bila yang salah pun di ikut tanpa fikir implikasi, orang kata A ikut, orang kata B pun ikut macam lalang tak ada fikir panjang ataupun membuat kajian tentang sesuatu benda. Itu yang banyak kes viral benda tak betul, sebab dah terbiasa "dengar-dengar". 
Kalau hendak jadi mak ayah yang baik, kita kena letakkan diri kita seperti anak. Baru kita faham betapa "struggle"nya anak dalam proses perkembangan diri. Macam proses hendak berjalan, bangun jatuh, bangun jatuh, jatuh terhantuk meja pun anak tetap tidak putus asa. Cuba lagi dan lagi.
Sama juga dengan perkembangan yang lain, tidak perlu terlalu alihkan perhatian mereka selagi apa yang dilakukan tak memudaratkan. Tips saya:
  • Anak berlakon jadi Ultraman, mak ayah juga perlu berlakon juga.
  • Anak buat tower guna cawan, mak ayah join sekali buat.
  • Anak pegang botol jadi mike, mak ayah join sekali menyanyi.
  • Anak main masak-masak guna bekas plastik di dapur, mak ayah join masak sekali.
Anak cakap sorang-sorang atau berlakon bukan sebab gila ya. Tapi ini dipanggil "Imaginary play", salah satu tahap perkembangan bermain anak jadi tidak perlu risau.
Sekian, terima kasih, semoga bermanfaat.
Sumber : https://iluminasi.com

loading...

0 Response to "Tips Psikologi : Elak Anak Bosan Tanpa Memberi Mereka Gajet"

Post a Comment