6 Langkah Menghafaz Al-Quran Untuk Orang Biasa-Biasa

Kongsikan di


Allahu Akbar, Allah Maha Baik! Tidak terjangkau dek akal, dan seperti dalam mimpi Allah berikan kemudahan menghafaz buat saya orang awam yang bukan background hafiz / hafizah.
Begini ceritanya, lebih kurang 2 minggu lalu saya membuat cabaran untuk diri sendiri untuk:
1. Hafaz
2. Faham
3. Aplikasi
Surah Almulk setelah mendengar tazkirah dari seorang ustaz tentang kelebihan Surah Almulk!
Jujurnya sebelum itu saya hanya mendengar atau membaca sahaja Surah Almulk sebelum tidur.
Langkah-langkahnya:

1. Niat

Niat yang baik Allah permudahkan.

2. Sasaran

Memandangkan saya bukan background hafizah, saya buat target kecil sahaja, satu hari hanya satu ayat.
Seandainya ayat tersebut sukar, saya akan mengambil masa yang lebih, 2 hari atau 3 hari untuk mengulang.

3. Hafaz dan Ulang-ulang

Selain itu saya mengambil peluang untuk ulang bacaan di dalam waktu solat, selepas surah Al-fatihah untuk surah sunat, saya akan membaca ayat-ayat yang baru dihafaz berulang-ulang serta memahami maksudnya mengikut Teknik Faham Arab Alquran.

4. Fahamkan

Faham dan bercakap Arab menggunakan bahasa Alquran: Bukan sekadar menghafaz, tetapi menghafaz dengan mengetahui satu per satu vocab (perkataan) Arab seperti bercakap.
Subhanallah bagi saya teknik ini sungguh powerful.
Kerana dahulu pernah juga mahu menghafaz, tetapi saya selalu terkeliru perkataan-perkataan Arab terkadang menyebabkan percampuran ayat lain di ayat yang lain.
Alhamdulillah apabila menggunakan Teknik “Faham Arab Alquran” Alhamdulillah Allah menjadikan ianya mudah.
Contoh: Sebagai contoh ayat ke 9 surah Almulk, sewaktu mengulangi bacaan saya agak keliru, tetapi saya teringat maknanya tentang “kesesatan yang besar”.
Alhamdulillah terus boleh meng”Arab”kan makna tersebut:
في ضلال كبير

5. Berjemaah

Hafaz secara berjemaah, cara dorong mendorong sesama pencinta Alquran dan sahabat.

6. Ayat baru

Hafazan untuk ayat baru saya selalu bermula sebelum ataau selepas subuh atau sebelum tidur.
Alhamdulillah dengan langkah-langkah seperti di atas, Allah permudahkan saya untuk hafaz, faham dan cuba aplikasi Ayat 1-10 Almulk dalam tempoh kurang 2 minggu.
Subhanallah! Lagi 2/3 surah (Almulk ada 30 ayat).
Sedangkan sebelum itu hidup lebih kurang 33 tahun pun tak hafaz dan faham2 surah Almulk!
Allahu Akbar, saya doakan semua yang membaca penulisan ini menjadi pencinta Alquran, dan Alquran menjadi Syafaat buat kita di akhirat dan kita semua ditemukan di Jannah!
Amin Amin.
loading...

0 Response to "6 Langkah Menghafaz Al-Quran Untuk Orang Biasa-Biasa"

Post a Comment