Malaysia Milk Sdn Bhd menarik balik produk Susu Marigold HL 200ml dan satu liter keluaran syarikat itu daripada pasaran, selepas didapati berlaku pencemaran bakteria.
Pengedar
susu itu berkata, tindakan itu diambil setelah mereka menerima maklum
balas daripada pelanggan bahawa Susu Cokelat Marigold HL lebih pekat
daripada biasa sambil menambah syarikat itu telah menyelesaikan isu itu.
Pengurus
Besarnya, Poh Eng Lip berkata, kualiti susu itu terjejas disebabkan
pencemaran bakteria, dengan kesan sampingan meminumnya termasuk
ketidakselesaan perut sementara, walaupun tiada kesan sampingan untuk
tempoh jangka panjang.
“Kesihatan
dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami, dan kami telah
mengambil langkah-langkah proaktif dan berjaya menarik balik semua
produk kami daripada gedung runcit.
“Pemeriksaan
Kawalan Kualiti tambahan dan lebih ketat sedang dilaksanakan sekarang
ke atas produk bagi memastikan ia mematuhi standard antarabangsa paling
tinggi,” katanya.
Pengeluaran
disambung semula di kilang Malaysia Milk dan syarikat itu telahpun
menghantar kumpulan baharu Susu Marigold HL ke gedung-gedung runcit.
(Sumber:Ismaweb)
loading...
0 Response to "Marigold HL Ditarik Serta Merta kerana ada PENCEMARAN BAKTERIA"
Post a Comment