Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau
rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan
makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.
Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal
yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata
manusia. Qarin sentiasa berusaha lintuk menjerumuskan manusia dengan
mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu,
memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau
orang yang alim.
Dalam surah al-An’am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:
“Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu
musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka
membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu. “
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi, maksudnya:
“Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke
dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya
daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat”. Sahabat
bertanya: “Adakah engkau juga wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Dan
saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka
tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan”.
Tersebut dalam al-Quran tentang tugas-tugas malaikat.
Di antara mereka ada yang tugasnya mencatat amalan makhluk setiap
hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang membawa wahyu kepada
rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta. Ada pula
yang bertugas memelihara al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang
menjaga neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang
dan malam, memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa
berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan. Tersebut
juga dalam al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham
kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh
Rasulullah s.a.w. ketika beliau mula-mula meneriina wahyu. Disebut juga
tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan
empat-empat.
Tersebut juga dalam Al-Qu’ran bahawa malaikat yang
datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga
disebut Ruhul-Amin dan Ruhul-Quds. Manusia yang sentiasa beriman dan
istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk
menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam peperangan Badar
malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat
jumlahnya.
Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa
malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang
melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham
yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang
menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh
manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya
sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was,
melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang
yang berkenaan.
Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Termizi, an-Nasa’i, demikian
Maksudnya;
“Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gangguan
kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan
syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan
sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran.
Maka barang siapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui
bahawa perkara itu dari Allah, dan terima kasihlah ia kepadanya. Tetapi
kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung kepada
Allah dari syaitan yang direjam. “
Kemudian ia membaca: Syaitan menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.
Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan tentang ada qarin yang menemani setiap manusia.
Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti
As-Siddiq: Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar dari sisinya
pada satu malam, tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan)
terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang
saya lakukan. Baginda bertanya: Apakah ang terjadi Aishah? Maka saya
menjawab: Apa halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang
dikurniakan kepada engkau? Jawab Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu
telah datang. Maka saya menjawab:
Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku? Jawab
baginda: Ya. Saya bertanya lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia.
Jawab baginda: Ya. Maka saya pun bertanya: Adakah juga berlaku atasmu
wahai Rasulullah. Jawab Rasulullah: Ya tetapi Tuhanku memelihara akan
daku hingga aku selamat daripda tipu dayanya.
“Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang dilahirkan) melainkan dikembari Allah seorang jin sebagai kawan.”
Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin.
Maksud qarin di sini ialah syaitan yang sentiasa berusaha untuk
menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah
manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala qarin (iblis dan
syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang
diberi oleh Rasulullah s.a.w.
Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah
seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama
seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam
keadaan yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadis ini ialah iblis
dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut
kehendaknya. Banyak diantara mereka yang terpedaya dengannya sehingga
menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan
yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas
mereka menentang perintah Allah s.w.t. Mereka inilah golongan yang
menjadi bahan tunggangan qarin tadi.
Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia
dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa
seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda
dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak
meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh
bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia
hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup
meninggalkan tanahair yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah
mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Padahal
tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan
mereka. Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke jalan
Allah. Iblis dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya mereka
sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mereka
miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup
melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang lain. apabila mereka mati
ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi-bahagi untuk
orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikmati harta
peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini
adalah merugikan.
Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia
dengan berbagai-bagai cara. Ia duduk melakukan gangguan kepada manusia
dengan alasan Islam. Lalu ia berkata: “Apakah kamu masuk Islam, dan
meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu
menentangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk menganggu manusia
dengan jalan hijrah “. Syaitan berkata: “Apakah kamu hendak hijrah,
meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan
berhijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan
jalan jihad dan berkata: Apakah. kamu akan berjihad sedangkan jihad itu
menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu
akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan
dibahagibahagikan. Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus
berjihad.
Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi
diantara manusia dan qarinnya atau denan syaitan lain. Hanya manusia
yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang
boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang
akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah
s.w.t. ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang
tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 42, maksudnya.
Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orangorang yang sesat.
Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam
kitab sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud
bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak
diganggu oleh syaitan kecuali Isa ‘alaihissalam dan ibunya Maryam
berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali Imraan ayat 36, maksudnya.
“Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam. “
Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu
maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan
(qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang
salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan iblis dan
syaitan.
Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w.) ia berkata:
Aku lihat Rasulullah s.a.w. membaca azan salat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah r.a. melahirkannya.
Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan
itu diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya,
nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan
menganggunya.
Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari
dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada
bersabda yang berbunyi:
Apabila malam meliputi (atau apabila malam
menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya
syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu. Maka apabila luputlah satu
ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak
pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama
Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan
tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu
telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.
Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah
pada waktu maghrib. Jangan biarkan mereka berada di luar rumah kerana
pada masa itu segala jeris makhluk halus sedang keluar dari tempat
kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan
mangsanya.
Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar
dari rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam
adalah untuk berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah,
bukan untuk berkeliaran di luar rumah seperti yang dijelaskan dalam
Surah Yunus ayat 67.
“Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu
beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya
pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang
yang mendengar. “
Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang
mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala
kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga.
Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali
sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika keluar seorang diri. Dalam hal
ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda, maksudnya:
“Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika
berseorangan, seseorang itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun
satu malam buat selamalamanya. “
Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman
lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara
umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin
umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir
bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.
Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara
terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin
yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh.
Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai
kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya
dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi.
Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat
daripada orang itu.
Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain,
jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1 %,
bilangan jin 9% manakala malaikat ialah 90%. Rasulullah s.a.w. ada
bersabda yang berbunyi, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga
manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu
bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10
bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu
bahagian sahaja bilangan manusia. “
(Sumber: Darussyifa')
(Sumber: Darussyifa')

loading...
0 Response to "QARIN; Syaitan yang sentiasa berada DISISI KITA"
Post a Comment