Rayuan Dr. Fauziah Hasan, Anak Kapal Zaytouna-Oliva Yang Ditahan Tentera Israel

Kongsikan di

KUALA LUMPUR: Kapal layar Zaytouna-Olivia berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal telah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam pada Rabu.

Turut berada di dalam kapal berkenaan ialah wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan.

Kapal Zaytouna yang dalam misi 'Women's Boat To Gaza' (WBG) itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke pelabuhan Ashdod.
Perkembangan terbaru itu dimuat naik di Facebook Rose2Rose.

Ketika kejadian, kapal Zaytouna sudah melepasi garisan 100 batu nautika ke arah pantai Gaza, dan pada kedudukan itu, kapal berkenaan telah memasuki garisan perairan yang dikawal oleh tentera Israel.


Selain Dr Fauziah, delegasi wanita dari negara lain adalah dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia.

Pelayaran mereka bermula pada 8 malam (waktu tempatan Barcelona) 14 September dari pelabuhan Vell dan membuat persinggahan di Ajaccio, Perancis pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali.

Seorang jurucakap misi WBG itu sebelum ini berkata, kapal berkenaan cuba menghampiri Gaza dalam usaha melepasi sekatan yang dikenakan Israel sejak berdekad-dekad lamanya.

Ketika tragedi Mavi Marmara pada 2010, tentera Israel menyerang konvoi kapal berkenaan di kedudukan 70 batu nautika.

Satu sidang media mengenai perkara itu akan diadakan oleh pihak MyCare dan Wisma Putra pada pagi Khamis.

Sumber Astro Awani
loading...

1 Response to "Rayuan Dr. Fauziah Hasan, Anak Kapal Zaytouna-Oliva Yang Ditahan Tentera Israel"