6 Ikhtiar atasi RAMBUT GUGUR!

Kongsikan di


Sebelum rambut anda gugur dengan lebih teruk sehingga menyebabkan masalah penipisan rambut atau botak, anda boleh cuba petua mengatasi rambut gugur yang dikongsikan di bawah ini. Bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat untuk rambut anda.
6 Cara Atasi Masalah Rambut Gugur
1) Minyak Lavender – Selain membantu mengatasi masalah rambut gugur, minyak lavender juga dapat membantu merawat rambut yang rosak. Apa yang perlu anda lakukan adalah, sapukan sedikit minyak lavender pada rambut dan urut bahagian kulit kepala secara perlahan. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Minyak Lavender akan membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.
2) Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun – Kedua-dua minyak ini memang cukup terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, anda perlu campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup dengan shower cap dan biarkan untuk lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu.
3) Makanan Tinggi Protein – Rambut memerlukan protein untuk tumbuh dengan lebat, subur dan sihat. Bila kita mengamalkan makanan yang tinggi kandungan protein, rambut bukan sahaja yang tumbuh dengan lebat tetapi dapat juga mengelak dari berlakunya kerosakan rambut.
4) Santan Kelapa – Petua tradisional yang kerap digunakan untuk perawatan rambut adalah dengan menggunakan santan. Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil santan yang pekat dan lumurkan ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala. Urut kulit kepala untuk seketika dan biarkan selama sejam sebelum membasuh rambut seperti biasa. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk melihat hasilnya. Penggunaan santan kelapa bukan sahaja akan melebatkan rambut tetapi ia juga akan membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan hitam.
5) Yogurt – Selain santan, yogurt juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Anda hanya perlu melumurkan yogurt ke atas seluruh bahagian rambut seperti masker rambut. Biarkan selama sejam dua sebelum anda membasuh rambut seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.
6) Kacang Hijau – Selain elok untuk kulit muka, kacang hijau juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Anda perlu mengambil secawan kacang hijau dan merendamkannnya terlebih dahulu. Rendam semalaman. Tapis kacang hijau tersebut dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau pada seluruh bahagian kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.


Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan rambut dan gunakan syampu dan perapi rambut yang bersesuaian dengan kulit kepala.
Sumber: NotaWanita

loading...

0 Response to "6 Ikhtiar atasi RAMBUT GUGUR!"

Post a Comment