Bila bermulanya darah nifas? Menurut
mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan.
Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan
darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh
sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar
menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka
hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring atau dengan .
Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada
tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang
keluar atau sedetik, tetap dikira darah nifas. Namun mereka berselisih
pendapat dalam menentukan tempoh maksimum bagi nifas. Perselisihan
tersebut boleh dibahagikan kepada dua pendapat seperti berikut:
- 1. Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh maksimum ialah 40 hari berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha., beliau berkata:“Pada masa Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari.” (Riwayat Abu Daud)
- 2. Sekiranya seseorang wanita itu mengalami nifas dalam tempoh 40 hari, maka itu adalah darah nifas. Namun jika darah masih keluar selepas tempoh 40 hari, maka itu bukan lagi darah nifas sebaliknya itu dikira istihadah dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan solat seperti biasa.
- 3. Al-Ja’fariyyah pula berpendapat tempoh nifas yang paling lama ialah 10 hari.
- 4. Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.
Oleh sebab itu, mengikut pendapat
mazhab Syafi’i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga
hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar
selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi
wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.
Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah
telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari
kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)
(Sumber: Dr Zubaidi)
loading...
0 Response to "Darah Nifas.. Bila Sepatutnya Kita Telah Suci dan Boleh Mula Untuk Bersolat??"
Post a Comment