HUKUM BERSOLAT DAN BERDOA DALAM BAHASA SELAIN ARAB. (PERLU TAHU)

Kongsikan di


SOALAN 1:
Jika berdoa di dalam solat ketika sujud atau selepas tasyahhud sebelum salam, adakah doa tersebut perlu dilafazkan (bukan baca di dalam hati) sekiranya doa tersebut dalam bahasa melayu atau selain bahasa arab?
JAWAPAN:
Bacaan zikir dan doa ketika sujud perlu dilafazkan dengan lidah. Tidak boleh dibaca dalam hati. Adapun doa; afdalnya dibaca doa yang telah sabit daripada Rasulullah sallalahu alaihi wasallam. Jika tidak, boleh sahaja membaca doa sendiri (untuk hajat yang khusus) dalam Bahasa Arab. Jika tidak mampu berbahasa Arab, boleh dibaca dalam apa jua bahasa.
Ini berdasarkan kaedah umum Agama yang bersifat memudahkan sebagaimana sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam:
“يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا”
(Mudahkan dan jangan menyusahkan) (Muslim)
Dalam masa yang sama tidak ada dalil yang melarang daripada membaca doa dalam bahasa asing ketika solat.
Dijawab oleh: Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman, Kajang, 05.02.2013
SOALAN 2:
Assalamualaikum,
Berkenaan dengan doa dalam bahasa Melayu atau selain bahasa Arab di dalam salat, ada yang mengatakan jika hal demikian dibolehkan, maka boleh jugalah membaca Surah/zikir dalam salat dengan bahasa terjemahan (selain bahasa Arab), termasuk Surah yang tidak wajib, kerana doa permintaan khusus juga tidak wajib.
JAWAPAN:
Wa’alaikum salam,
Harus diingat bahawa perbincangan ini adalah berkenaan tentang mereka yang tidak mampu berbahasa Arab atau tidak hafal doa yang dianjurkan dalam Bahasa Arab.
Adapun kalau dia berkemampuan berbahasa Arab dan hafal doa / surah (dalam Bahasa Arab) tetapi dia membacanya dalam bahasa selainnya, jelas dia telah menyalahi Sunnah Nabi.
Maka keharusan membaca doa dalam selain Bahasa Arab adalah bagi mereka yang tidak berbahasa Arab. Bagi yang mampu berbahasa Arab, mereka perlu membaca surah / doa dalam Bahasa Arab.
Barakallahu fik.
Dijawab oleh: Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman, Kajang, 10.04.2013
loading...

0 Response to "HUKUM BERSOLAT DAN BERDOA DALAM BAHASA SELAIN ARAB. (PERLU TAHU)"

Post a Comment