KESAN BURUK KETAGIHAN TELEVISYEN BUAT SI MANJA!

Kongsikan di

Secara fizikal mereka kelihatan baik dan tidak melakukan aktiviti lasak yang membahayakan diri tetapi kesan jangka panjang kepada emosional dan kecerdasan mereka memang menakutkan!
Memetik sumber Pa&Ma, Prof Madya Dr.Bustam Kamri, Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak mendedahkan terdapat banyak kesan buruk terhadap kanak-kanak jika menonton televisyen secara berterusan lebih daripada empat jam sehari.
Berikut antara kesan buruk boleh ganggu kepintaran anak jika ketagih tengok tv yang mesti diberi perhatian oleh ibu bapa:
1. Berat Badan Bertambah
Mengakibatkan berat badan yang berlebihan dan tingkah laku yang agresif. Secara umumnya, menonton televisyen yang keterlaluan akan memberi kesan obesiti atau kegemukan. Ini diakui oleh pakar kesihatan. Semasa menonton televisyen kanak-kanak tidak aktif dan akan memakan makanan ringan yang tidak sihat.
2. Pengaruh Buruk Iklan
Dalam pada itu, mereka juga didedahkan dengan lambakan iklan yang menggalakkan makanan yang tidak sihat seperti burger, kentang goreng dan minuman tidak berkhasiat. Pengaruh iklan makanan segera yang tidak berkhasiat mempengaruhi kanak-kanak menjadikan makanan kegemaran dan pilihan utama. Kajian menunjukkan bahawa semakin kurang kanak-kanak menonton televisyen akan memberi kesan kepada pengurangan berat badan. Pengaruh iklan menerusi selingan rancangan kartun amat memberi kesan terhadap diet pemakanan kanak-kanak terhadap makanan ringan yang tidak berkhasiat.
3. Mata Cepat Rabun
Dalam pada itu, kanak-kanak yang terlalu kerap menonton kartun dalam jangka masa yang lama berdepan dengan kaca televisyen berkemungkinan akan menghadapi masalah mental dan emosi, masalah gangguan mata dan masalah fizikal semakin meningkat.
4. Kurang Sensitif
Kajian psikologi mendapati ada beberapa kesan akibat kanak-kanak kerap menonton keganasan kartun di televisyen iaitu kanak-kanak menjadi kurang sensitif atau peka untuk merasa belas kasihan kepada orang lain yang sedang kesakitan. Kanak-kanak yang sering terdedah dengan keganasan tidak takut tentang keganasan dan tidak menghiraukan keganasan. Mereka lebih cenderung menjadi agresif atau menggunakan tindakan yang mencederakan orang lain.
5. Tidak Beri Motivasi
Program kartun di televisyen dikatakan tidak memberi motivasi untuk kanak-kanak belajar. Sebaliknya watak-watak kartun menggunakan bahasa yang tidak sesuai kepada kanak-kanak. Perkataan yang digunakan tidak memberi makna dan berupa cakap kosong. Kebanyakan program kartun menunjukkan perbualan yang mengandungi kurang nilai moral. Hal ini akan mempengaruhi penonton kanak-kanak yang mudah terikut-ikut gaya pertuturan yang digunakan oleh watak kartun.
— — — — — — — — — —
Satu kajian telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Virginia terhadap kanak-kanak berusia empat tahun, mendapati kanak-kanak yang menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti tanpa melihat kartun sebanyak 70% berjaya menyelesaikan masalah.
Manakala 35% berjaya diselesaikan oleh kanak-kanak yang menonton kartun berunsur pendidikan. Sebaliknya pencapaian terendah sebanyak 15% kanak-kanak yang menonton kartun yang tiada unsur pendidikan langsung.
Kesimpulannya, menonton kartun tanpa mengehadkan masa belajar tidak akan mendatangkan hasil jangka panjang. Dinasihatkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak mengawal masa untuk menonton dan memilih program siaran kartun di televisyen yang benar-benar sesuai dengan usia kanak-kanak.
Kartun berunsur pendidikan digalakkan untuk ditonton oleh kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dididik untuk menonton kartun yang telah dicadangkan oleh ibu bapa dan penjaga. Pihak ibu bapa perlu bertegas dengan jadual waktu menonton dan belajar. Jika terlalu banyak menonton kartun kanak-kanak kurang proaktif.
Sumber: ammboi
loading...

0 Response to "KESAN BURUK KETAGIHAN TELEVISYEN BUAT SI MANJA!"

Post a Comment