Solat Sunat Tasbih: HUKUM,FADHILAT DAN DOA?

Kongsikan di

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TASBIH

Panduan ini adalah hasil ihsan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download keseluruhan panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini.
solat-tasbih-01solat-tasbih-02solat-tasbih-03solat-tasbih-04solat-tasbih-05solat-tasbih-06

SOLAT SUNAT TASBIH YANG RINGKAS

Jika rasa panjang sangat, ini versi pendek dari http://apps.islam.gov.my/ka/questions/view/22769
Solat sunat tasbih merupakan solat sunat yang didalamnya dibaca sebanyak 300 tasbih dalam 4 rakaat. Bagi solat ini:
1) Sekiranya solat pada siang hari, hendaklah dikerjakan dengan 4 rakaat dan satu salam
2) Sekiranya solat pada malam hari hendaklah ditunaikan tiap-tiap 2 rakat dengan satu salam.
Cara mengerjakan solat sunat tasbih adalah seperti berikut:
Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakkat / dua rakaat kerana Allah Taala”
Bacaan surah selepas membaca surah Al-fatihah iaitu
i) Pada rakaat pertama surah al-Takathur
ii) Pada rakaat kedua surah Al-Asr
iii) Pada rakaat ketiga surah al-kafirun
iv) pada rakaat keempat surah al-ikhlas
Bacaan tasbihnya ialah ” Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahu akbar.
Bilangan tasbih pada setiap rakaat ialah:
a) 15 kali selepas membaca surah
b) 10 kali ketika ruku’ selepas tasbih ruku’
c) 10 kali ketika iktidal
d) 10 kali ketika sujud selepas tasbih sujud
Semoga bermanfaat!
Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
loading...

0 Response to "Solat Sunat Tasbih: HUKUM,FADHILAT DAN DOA?"

Post a Comment