Mula untuk belajar awal.
Kebanyakkan daripada kita hanya tunggu
apabila dekat dengan exam barulah kita nak mula belajar atau ulangkaji.
Kenapa tidak mahu mula awal-awal lagi, seawal bermulanya semester? Saya
yakin banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji, oleh itu masa yang
diperlukan untuk menghadam dan mengingati satu-persatu isi-isi penting
juga panjang dan lama. Masa yang singkat beberapa minggu sebelum exam
bukanlah masa yang ideal untuk mengingat ilmu-ilmu baru, pada tahapan
stress yang kemuncak ditambah lagi beberapa assignments yang akan due,
tidak mustahil tetapi adalah sangat susah untuk mengingat ilmu-ilmu baru
pada masa ini. Masa ini adalah masa yang sebenarnya sesuai untuk
mengulangkaji ilmu-ilmu yang sememangnya anda sudah hafal atau tahu.
Mulalah belajar daripada sekarang.
Jangan ditunggu sehingga last minute, baru kita nak mula belajar.
Biarpun sedikit demi sedikit atau semuka-surat kita belajar setiap hari
daripada sekarang, nanti lama-lama jadi bukit, daripada kita memerah
otak kita untuk mengingat sebuah buku seminggu sebelum tarikh exam.
Mengulangkaji sedikit-sedikit.
Daya mengingat manusia adalah terhad.
Otak manusia tidak mampu untuk memproses dan mengingat banyak maklumat
yang datang kepadanya dengan sekaligus pada satu masa. Ia perlukan masa
untuk memproses dan juga untuk mengingat.
Cubalah untuk fokus kepada beberapa
topik-topik kecil ketika mengulangkaji. Buatlah satu jadual belajar.
Cubalah untuk habiskan ulangkaji hanya pada beberapa topik kecil setiap
hari. Contohnya: Isnin – Pneumonia, Selasa – COPD, Rabu – Asthma, Khamis
– Pulmonary Embolism, Jumaat – Pneumothorax dan sebagainya, daripada
terus untuk cuba menghabiskan satu bab Diseases of the Respiratory
System sekaligus dalam masa sehari kemudian bertukar kepadasystem yang
lain hari berikutnya. Dengan cara begini lebih mudah untuk kita memahami
dan menghafal isi-isi penting berkaitan setiap topik-topik yang dibaca.
Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal.
Kajian telah menunjukkan bahawa apabila
kita faham sesuatu perkara atau mekanisma, ianya akan lebih lama kita
ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya
kita membaca bagaimana sistemcardiovascular berfungsi, bermula daripada
jantung melalui saluran darah i.e. aorta –> arteries –> arterioles
–> capillaries –> veins –> vena cava, kemudian kembali ke
jantung, lebih mudah untuk kita lukiskan diatas kertas gambar jantung
dan saluran-saluran darah tersebut, kemudian kita cuba fahami dengan
membayangkan seolah-olah kita adalah sel-sel darah yang melalui
saluran-saluran darah tersebut. Dengan ini lebih membuatkan kita faham
bagaimana sistem itu berfungsi dan insyAllah ianya akan lebih lama
“melekat” dalam memori kita.
Belajar menggunakan pelbagai deria.
Apabila anda membaca, kebiasaannya anda
hanya membaca (menggunakan deria penglihatan sahaja). Ada satu kajian
yang saya baca, yang mengatakan bahawa memori kita akan lebih terangsang
untuk mengingati sesuatu ilmu tatkala deria-deria kita terangsang.
Lebih banyak yang terangsang, katanya, lebih baik. Sebagai contoh,
membaca (melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari), lebih baik
daripada hanya membaca. Ataupun, membaca sambil membuat nota, dan sambil
mendengar musik, mengikut kepada artikel yang dibaca tersebut, adalah
lebih baik. Tetapi janganlah kita mendengar kepada musik-musik yang
bersuara atau berlirik, ianya akan mengganggu fokus kita, tetapi
dengarlah kepada musik-musik instrumental atau bacaan ayat-ayat al Quran
yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan tidak menghilangkan fokus
kita kepada apa yang sedang kita belajar. Saya yakin, teknik ini mungkin
tidak berkesan kepada semua, tapi insyaAllah kepada sesiapa yang masih
tercari-cari cara untuk mudah mengingat, bolehlah mencuba teknik ini
sama ada sesuai dengan anda ataupun tidak.
Menggunakan imej-imej sebagai bantuan.
Memori manusia lebih mudah mengingat
imej daripada perkataan ataupun fakta-fakta. Sebagai contoh, lebih mudah
untuk kita ingat apabila kita melihat gambar seekor kucing putih
berbelang kuning, ekor kembang berwarna kuning sepanjang lebih kurang 15
cm, bermata hijau, berbulu panjang, telinganya tinggi dan lain-lain
daripada dengan saya bercerita kepada anda sifat kucing tersebut ataupun
dengan anda membaca tulisan saya di sini berkaitan kucing tersebut.
Ini bukan hanya mudah terutamanya untuk
mengingati fakta, tapi juga tidak mustahil ianya boleh digunakan untuk
mengingati sesuatu mekanisma perbuatan atau gerak kerja sistem. Saya
dahulunya gunakan teknik ini ketika belajar untuk mengingat fakta-fakta
anatomy tubuh badan manusia. Anatomy tubuh manusia sememangnya sangat
kompleks ditambah lagi dengan nama-nama setiap organ dan tisu-tisu dalam
badan manusia ini dinamakan dalam bahasa latin, ini membuatkannya lebih
susah untuk dihafal. Saya selalunya akan lukiskan kembali bahagian
tubuh yang saya cuba untuk hafal tersebut dalam rajah skema yang sangat
ringkas diatas kertas A4, kemudian saya akan cuba untuk mengimbas
kembali buku anatomy saya berserta gambar rajah skema saya di sebelah.
Bila saya membaca teks buku anatomy tersebut, kali ini saya cuba untuk
gambarkan rajah skema tersebut dalam minda saya, sambil baca sambil buat
connection kepada rajah skema tersebut (dalam kepala), dan
alhamdulillah ianya lebih mudah melekat dalam memori saya daripada hanya
membaca teks buku sahaja.
Tidak mengulangkaji pelajaran atau membaca ilmu baru ketika dalam kepenatan.
Badan manusia ada kapasitinya, ada
limitnya. Badan kita berfungsi dengan baik sekira ianya tidak didalam
state kepenatan atau exaustion. Begitu juga dengan otak kita untuk
memfokus kepada apa yang kita baca atau lakukan. Pastikan anda mendapat
cukup rehat sebelum anda memulakan ulangkaji. Ulangkaji dalam keadaan
badan keletihan dan kepenatan hanyalah membuang masa anda. Sekiranya
anda rasa badan anda penat dan susah untuk anda memfokus kepada
teks-teks yang anda baca, eloklah sekiranya anda tidur sejenak, kemudian
bangun semula untuk menyambung ulangkaji, daripada anda meneruskan juga
ulangkaji tanpa sedikitpun yang dapat anda ingat dalam memori anda.
Faktor pemakanan juga memainkan peranan
penting kepada kesihatan tubuh badan dan keupayaan untuk mengingat.
Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat. Cuba elakkan makanan ruji
dan makanan-makanan yang tidak sihat. Cuba juga untuk kurangkan
mengambil minuman-minuman bertenaga i.e. Red Bull, Livita, V, Mother,
Monster dan sebagainya. Minuman-minuman ini mengandungi banyak caffeine.
Terlalu banyak atau terlalu kerap mengambilnya, akan merosakkan badan
anda. Tabiaat mengambil kopi yang terlalu pekat dan kuat untuk stay-up
malam untuk belajar juga sekiranya boleh, cubalah untuk elakkan.
Manfaatkan masa yang ada sebaiknya.
Antara sebab kenapa kadang-kalanya kita
tidak dapat mengingati ilmu-ilmu yang telah kita pelajari ialah
kurangnya masa yang kita peruntukkan untuk mengulangkaji pelajaran dan
kita tidak memanfaatkan masa yang kita ada dengan sebaikya. Kita banyak
menghabiskan masa-masa lapang kita dengan membuat perkara-perkara yang
merugikan dan tidak bermanfaat kepada diri kita. Kita mampu menghabiskan
tiga atau empat jam dengan bermain komputer games atau melayari
kartun-kartun anime di komputer, tetapi kita merasa malas untuk belajar
atau mengulangkaji pelajaran. Kita menghabiskan sepanjang hari dengan
bermain play station atau Dota di komputer, tetapi jarang kita habiskan
masa seharian kita untuk kita ulangkaji pelajaran yang telah kita
pelajari di universiti pada hari tersebut. Kita hanya akan tunggu untuk
membuat ulangkaji apabila hanya tinggal beberapa minggu atau hari sahaja
lagi sebelum exam bermula.
Masa itu adalah kehidupan. Sekiranya
kita membazir masa kita, seolah-olah kita membazirkan kehidupan kita.
Saya amat mengkagumi diari kehidupan seorang president atau perdana
menteri, mereka boleh mencapai beberapa perkara dan boleh berada di
beberapa tempat dalam sehari. Sekiranya mereka mampu untuk memanfaatkan
masa mereka untuk mencapai beberapa matlamat dalam sehari, kita juga
mampu. Kita juga ada 24 jam sehari, sama seperti mereka.
Ikhlaskan niat dan perbanyakkan amalan kepada Allah.
Saya amat mengkagumi mereka yang mampu
menghafal sebuah al Quran. Menghafal al Quran bukannya mudah. Menghafal
al Quran adalah menghafal perkataan demi perkataan tanpa salah atau
silap sedikitpun. Tidak sama seperti kita menghafal buku-buku rujukan
sains, kita hanya mengambil intipatinya sahaja, tidaklah kita menghafal
perkataan satu per satu.
Ilmu ini juga milik Allah. Allah yang
layak umtuk memberi ilmu ini kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan.
Ikhlaskan niat kita untuk kita gunakan ilmu ini kepada kebaikkan,
insyaAllah Allah akan membantu kita untuk mudah kita mengingat.
Para hafiz al Quran, antara tips yang
memudahkan mereka menghafal al Quran ialah dengan memperbanyakkan
amalan-amalan sunat seharian. Amalan-amalan sunat ini adalah pembersih
hati. Kata Imam Syafie, “Ilmu ini umpama cahaya. Cahaya susah untuk
memasuki hati-hati yang dipenuhi oleh titik-titik hitam (iaitu dosa)”.
Elaklah daripada melakukan dosa kepada Allah, ini termasuklah dosa-dosa
kecil, kerana dosa-dosa kecil inilah yang kelak memenuhi hati-hati kita,
dan menyukarkan kita untuk mengingat ilmu-ilmu yang kita baca.
Nota ringkas atau mind-map.
Nota ringkas atau mind-map sangat
berguna terutamanya ketika untuk beberapa hari sebelum kita menghadapi
peperiksaan. Kalau kita sempat, semasa kita mengulangkaji pelajaran,
cubalah untuk membuat nota seringkas yang mungkin untuk jadi rujukan
kita kemudian sebelum peperiksaan nanti. Nota-nota ringkas in hanya
sebagai recap sahaja kepada apa yang kita dah baca dan faham sebelum
ini. Hari-hari sebelum exam bukanlah masa untuk kita baca ilmu baru,
atau buka semula buku rujukan yang telah kita baca dahulu, tetapi hanya
sekadar masa untuk kita recap intipati-intipati yang telah ada dalam
memori kita.
Perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam belajar, dan bersabar.
Sekiranya kita berusaha
bersungguh-sungguh untuk belajar, merasai keperitan untuk memperoleh
ilmu-ilmu ini, kita sebenarnya akan lebih menghargai apa yang kita dapat
dan selalunya akan lebih mudah untuk kita ingat apa yang kita belajar.
Kesusahan itu sesungguhnya mengajar. Imam Bukhari, seorang yang terkenal
dengan kebolehan menghafal ratusan ribu hadis-hadis sahih, telah
melalui fasa pembelajaran begini. Beliau terpaksa mengharungi padang
pasir yang panas beribu-ribu batu untuk hanya sekadar memperolehi satu
hadis. Atas kesungguhkan dan susah payah beginilah, akhirnya beliau
mampu untuk mengingat ratusan ribu hadis-hadis sahih didalam memorinya.
Saya yakin, kita juga mampu.
Tidak ada manusia diatas dunia ini yang
lahirnya genius. Manusia bijak pandai dan berjaya adalah lahir daripada
susah payah dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi sebelum menempa
kejayaan. Kejayaan tidak datang tanpa titik peluh. Titik peluh itulah
sebenarnya adalah azimat-azimat kejayaan.
(Sumber: Dr. Shaiful Aizad Shafie)
loading...
0 Response to "TIPS Mudah MengHAFAL sebelum menghadapi PERPERIKSAAN"
Post a Comment