“Eh, baru aku perasan bulan ni belum datang haid. Tapi, takkanlah mengandung kot? Tak ada simptom-simptom mengandung pun. Lagipun, baru saja pakai suntikan perancang. Apa punca lewat haid selain mengandung ya?”
Sebenarnya memang banyak punca lewat haid selain mengandung yang selalu berlaku kepada wanita.
Haid yang normal adalah salah satu tanda aras kesihatan seseorang wanita. Antara punca lewat haid termasuklah faktor biologi, persekitaran, ataupun faktor luaran.
SELAIN MENGANDUNG, INI 9 SEBAB ANDA ‘MISSED PERIOD’
Untuk mengatasi masalah haid tidak teratur, anda perlu mengenalpasti punca lewat haid yang sebenarnya menjejaskan kesihatan anda.
1. PERUBAHAN BERAT BADAN MENDADAK
Ada yang mungkin sedang diet atau mengalami penambahan berat badan secara mendadak.
Oleh itu, pastikan anda mengubah corak pemakanan anda secara perlahan-lahan dan tidak terlalu membuat perubahan drastik.
Keadaan ini boleh mengganggu keseimbangan hormon lalu menjejaskan pusingan haid anda.
2. STRES
Punca lewat haid yang paling sering dialami adalah stres. Mungkin tekanan akibat gangguan di pejabat, tekanan hidup berkeluarga, masalah kewangan, dan pelbagai lagi masalah dalam kehidupan seharian.
Stres menyebabkan hormon GnRH kurang dihasilkan oleh badan, lalu menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi anda.
3. SAKIT
Masalah kesihatan seperti demam atau penyakit lain juga boleh menjadi punca lewat haid.
Walaubagaimanapun, ia selalunya bersifat sementara. Jika ianya berpanjangan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor.
4. PERUBAHAN RUTIN
Apabila anda baru berpindah, berubah syif, berubah pejabat seumpamanya, rutin anda juga akan berubah.
Perubahan rutin ini juga boleh menyebabkan proses dalam tubuh badan anda berubah, lalu mempengaruhi haid anda.
5. PERTAMBAHAN AKTIVITI FIZIKAL
Sesetengah daripada anda mungkin melakukan lebih banyak senaman ketika dalam proses menjayakandiet anda.
Oleh itu, tubuh biasanya akan mengambil sedikit masa untuk beradaptasi dengan perubahan ini.
Period yang datang lewat mungkin akan berlaku selama beberapa bulan sebelum dapat disesuaikan dengan tubuh anda.
6. PRA-MENOPAUSE
Sebelum anda memasuki tempoh menopause atau ‘putus haid’, anda akan melalui tempoh fasa pra-menopause.
Ketika waktu ini, period anda mungkin menjadi kurang dari segi jumlahnya atau jumlah hari.
Selain itu, tempohnya juga datang secara tidak berkala, bukannya normal seperti selalu.
7. PENGAMBILAN PERANCANG KEHAMILAN
Pengambilan perancang kehamilan seperti suntikan depo, implan, pil perancang, dan sebagainya juga mampu menjejaskan haid anda.
Ada yang menyebabkan haid anda lewat, sedikit, atau langsung tidak datang.
Pengambilan ubat-ubatan lain atau suplemen juga kadangkala mempunyai kesan terhadap haid anda yang biasanya normal.
8. PENYUSUAN BADAN SECARA EKSLUSIF
Ibu yang sedang menyusukan anaknya biasanya akan mengalami ‘tempoh tidak subur’ semulajadi.
Ini kerana, penyusuan badan akan melepaskan hormon yang dapat mempengaruhi haid normal anda, terutamanya bagi ibu yang menyusu badan secara ‘direct’. Ada yang tidak datang haid sehingga 2 tahun lamanya, iaitu sehinggalah anak anda bercerai susu.
9. PERJALANAN JAUH
Perjalanan jauh yang memakan masa panjang, terutamanya yang melibatkan perubahan zon waktu, musim, persekitaran dan sebagainya turut menjadi punca lewat haid.
PUNCA LEWAT HAID PERLU DIKENALPASTI
Terdapat banyak punca lewat haid yang boleh dikenalpasti. Ini kerana, haid yang normal menunjukkan tahap kesuburan anda berada pada tahap yang baik.
Jika anda telah membuat ujian kehamilan dan mendapatinya negatif, anda boleh cuba lagi dalam masa seminggu. Namun, jika masalah ini berpanjangan, anda bolehlah berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.
Sumber: Nazurah hassan
Sumber: Nazurah hassan
loading...
0 Response to "[WANITA] PUNCA KITA TERLEPAS KITARAN HAID SELAIN MENGANDUNG!! "
Post a Comment