Israel menerima tawaran bantuan daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk memadam kebakaran hutan yang meranapkan sebahagian besar kawasan di tengah dan utara negara itu.
Krisis itu memaksa puluhan ribu penduduk melarikan diri daripada rumah ketika kebakaran memusnahkan bandar ketiga terbesar negara itu, Haifa.
Empat pasukan bomba Palestin akan menyertai usaha memadam kebakaran terbabit. Seorang pegawai kanan Israel memaklumkan akhbar harian Haaretz bahawa Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah Israel akan memantau kerjasama antara anggota bomba Palestin dan Israel.
Russia, Turki, Greece, Itali, Croatia dan Cyprus semuanya turut membantu memadam kebakaran, sementara Amerika Syarikat (AS) bersetuju menghantar pesawat bomba "Supertanker" Boeing 747.
Ketua Polis Israel menyalahkan kebakaran itu terhadap serangan khianat sementara Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu berkata, serangan seperti itu akan dianggap keganasan.
Polis Israel berkata hari ini, mereka menahan 12 orang disyaki memulakan kebakaran itu. Jurucakap polis, Micky Rosenfeld memaklumkan Reuters, 12 orang ditahan sama ada ketika cuba memulakan kebakaran atau melarikan diri dari kawasan itu, namun tidak memberi butiran lanjut.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Gilad Erdan berkata, mereka yang ditahan adalah golongan "minoriti", rujukan sama ada warga Arab Israel atau Palestin. Kebakaran itu yang marak sejak Selasa lalu, diburukkan lagi dengan angin kencang ketika tempoh kering. Sekurang-kurangnya 130 orang cedera ketika kebakaran merebak, kebanyakannya akibat menyedut asap.

(Sumber: Berita Harian)
loading...
0 Response to "YA ALLAH!! PALESTIN bantu Israel Padamkan Api Kebakaran"
Post a Comment