BAGAIMANA CARANYA UNTUK MERAI BAHAGIA DAN KETENANGAN?

Kongsikan di

“Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk hati orang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”
– Syed Qutb
Kita semua adalah makhluk Tuhan yang indah didalam dunia ini, yang sedang melalui jalan masing-masing.
Setiap hari, pasti kita akan menemui erti dan makna kehidupan kita satu persatu.
Ramai orang berharap untuk dapat menemui kebahagiaan hati dan ketenangan disepanjang perjalanan kehidupannya.
Bagi sesetengah orang, kunci kepada keinginan ini sudah berdering kuat dan jelas, dapat memandu apa yang harus mereka buat dan bagaimana mereka perlu lakukan.
Tapi sesetengah orang yang lain, benih keinginan ini terkubur sangat dalam..
..dan mereka jarangkali sedar.
Disinilah pentingnya muhasabah.
Merenung kembali sedalam-dalamnya setiap apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita sehari-hari.
Disepanjang kehidupan saya, banyak kali saya sedari bahawa amalan bermuhasabah ini lah yang menjadi titik kunci kepada kebanyakkan orang-orang yang hebat dalam meneroka jalan kebahagiaan hati dan mencapai apa yang mereka inginkan.
Kebahagiaan hati sebenarnya dapat dibina beransur-ansur bila kita semakin faham akan beberapa perkara dalam kehidupan.
Kita semua pasti akan menyedari kebenaran ini pada suatu masa dan dengan cara kita sendiri.
Dan apabila kita dapat kesemuanya, kita pasti akan menemui kebahagiaan hati dan kedamaian yang kita cari selama ini.

1. Adalah mustahil untuk orang lain dapat mentafsir hati kita bagaimana

Anda tidak boleh ditafsirkan.
Hanya kita sendiri yang boleh mengatakan kita bagaimana. Hanya kita yang kenal diri kita sendiri.
Keadaan dan pendapat orang lain hanya boleh mentafsirkan kita jika kita yang membenarkan mereka.
Jangan mudah termakan dan mengalah dengan situasi buruk serta kata-kata yang negatif daripada orang lain.
Tidak ada seorang pun yang mampu meneka dengan pasti apa dalam hati kita.
Bahkan kadangkala kita pun tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati kita sendiri. Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.
Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.
Oleh itu pekakkan telinga terhadap kata-kata negatif terhadap kita.
Jadilah diri kita sendiri, kerana lebih memahami diri kita.
InsyaaAllah apabila kita tidak lagi peduli dengan pandangan orang terhadap kita, kita akan rasa dunia ini sangat luas dan lapang untuk memuatkan hati kita.

2. Kita telah dilahirkan dengan segala perkara yang diperlukan.

Tiada benda atau perkara yang anda terlepas.
Tiada sebab untuk kita menyesal dengan hidup kita.
Anda telah dilahirkan ke dunia dengan cukup sempurna, dan dikurniakan dengan kelebihan dan keistimewaan yang diperlukan untuk mengharungi dunia bermula sejak saat anda dilahirkan.
Tugas kita adalah untuk menerima apa diri kita seadanya dan bersyukur dengan kehidupan kita.
Sesetengah hadiah yang berharga adakalanya tidak terbungkus dengan cantik. Sesetengah perkara itu anda akan faham bila anda sudah melaluinya.
Letakkan sepenuh kepercayaan kepadaNya dan bertenang.
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [ Al-Maidah:7 ]

3. Kesempurnaan adalah hanya ilusi yang dibuat-buat manusia

Kita adalah makhluk cantik yang tidak sempurna, hidup didalam dunia yang tidak sempurna dan itulah tujuan kita dijadikan.
Ketidaksempurnaan itu yang akan menyempurnakan kita semua.
Berusaha keras untuk menjadi sempurna adalah impian yang kosong, semua orang tak mungkin mencapainya.
Kita sebenarnya seolah-olah telah teracun dengan masyarakat kita dengan imej-imej sempurna secara berterusan menerusi pelbagai media. Drama-drama semisalnya.
Jangan termakan dengan ilusi ini; ia hanya akan membawa anda kepada kegelapan. Ia hanya membuatkan kita banyak berkhayal, menunggu kebetulan yang mustahil.
Terima diri kita, cacat cela pada diri kita dan terima hakikat bahawa hidup ini ada turun naik seperti roller coaster.
Berhempas pulas lah untuk mencapai kecemerlangan, mengejar kehidupan yang lebih baik.. tapi jangan pernah keliru dengan penyakit kesempurnaan.

4. Kita adalah apa yang kita fikirkan


kebahagiaan hati mukmin
Berusahalah untuk menjadi mukmin yang sejati. Pasti kita temui kebahagiaan hati

Apa sahaja yang kita percaya betul tentang diri dan kehidupan kita, lambat laun akan menjadi realiti juga.
Kepercayaan kita lama-kelamaan akan berakar umbi dalam pemikiran kita dan membina bagaimana diri kita di dalam kehidupan kita.
Perkara inilah yang secara lazim akan membentuk dunia sekeliling kita.
Jika kepercayaan itu tidak menjadi seperti kemahuan kita, kita boleh menukarnya. Bagaimana?
Begitu jugalah dengan kepercayaan negatif tentang diri kita terbentuk, melalui pengulangan sehingga akhirnya kita percaya perkara yang tak betul ini adalah sesuatu yang benar
Oleh itu, tanamkan kepercayaan baru dan ulanginya berkali-kali sehingga kita berasa kuat.
Apabila kita buat sesuatu perkara kerana Allah, pasti Allah akan permudahkan. Pasti Allah gantikan sesuatu yang kita tinggalkan dengan perkara yang lebih baik.
Kamu cuma perlu bersabar dan yakin.

5. Jangan hanyut didalam masa silam yang telah lepas dan berharap pada masa depan yang belum pasti.

Masa silam adalah memori. Masa depan cuma wujud sebagai bayangan.
Kita boleh memilih untuk menoleh kembali ke masa silam untuk belajar dan bermuhasabah diri. Kita juga boleh membayangkan untuk pergi ke masa akan datang untuk merancang dengan baik.
Walaubagaimana pun, bila-bila masa sahaja tahap kesedaran kita boleh hanyut. Kita akan mengalami kesukaran untuk bertahan di dalam saat yang pernah kita ada.. iaitu masa sekarang.
Tidak salah untuk melawat masa silam, tapi jangan tinggal disana.

masa silam
There is always something to look forward to. In pain, look forward to healing. In hardship, look forward to ease. And in separation, look forward to reunion. Allah has promised the believers all these things.

Jangan sesekali membongkar parut-parut yang lama, biarkan ia. Tinggalkan kenangan itu disana.
Cuma ambil sahaja sebagai pengajaran untuk menghadapi kehidupan yang mendatang.

6. Setiap ujian dan cabaran adalah hadiah kepada kehidupan kita

Tanpa cabaran, kita tidak boleh membuka potensi sebenar kita.
Halangan adalah peluang untuk kita terus menjadi kuat dari sebelumnya. Dunia memerlukan kita yang sebenarnya, iaitu diri kita yang kuat.
Dan potensi diri kita yang sebenarnya boleh dirungkai melalui pengalaman-pengalaman dalam kehidupan.
  • Bagaimana kita boleh mengetahui keazaman dan kekuatan kita jika pencapaian kita tidak pernah diuji?
  • Bagaimana kita boleh memahami makna kasih dan rasa belas kasihan jika kita tidak pernah rasa dikecewakan?
Disinilah kita harus tahu bahawa masa silam yang gelap itu sebenarnya membuatkan kita tetap tenang ditengah ribut yang membadai..
.. ibarat seperti berlian yang terbentuk dibawah tekanan-tekanan yang tinggi.

kebahagiaan hati seorang mukmin
image by islahnafsi

Oleh itu, sebagai mukmin yang kuat kita adalah seorang yang tidak mudah dikalahkan dengan cabaran dan ujian dalam kehidupan.
– Tidak mudah dipatahkan dengan dugaan permainan hati dan perasaan. Hatinya tetap teguh yakin kepada Allah.
Orang mukmin yang kuat melihat setiap perkara itu adalah satu cara mendidik hati agar sentiasa bersyukur dan sabar.
Orang yang dalam jenis ni, dia terima sesuatu musibah tu dengan rasa gembira. Macam kanak-kanak dapat gula-gula atau lebih lagi dari itu.
Dan dia menganggap, jika dia bersabar, Allah akan angkat darjat dia.
InsyaaAllah kita semua adalah mukmin yang kuat!

7. Kebahagiaan hati hanya boleh dicapai dengan memberi maaf

Kita tidak memaafkan seseorang atas sebab untuk membebas dia dari rasa bersalah, beban atau penyesalan.
Kita memaafkan adalah untuk diri sendiri.
Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor.
Begitu juga hati.
Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.
Nah, itulah puncanya hati tidak tenang.
Apa yang harus kita buat?
Maafkanlah.
Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membukan jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.
– Sederhana Indah.
Perkataan maaf memang mempunyai kesan yang baik terhadap orang yang kita maafkan..
…namun apa yang lebih penting ia adalah pilihan yang paling terbaik untuk kita kembali gembira lagi.

kebahagiaan hati adalah anugerah Allah
Serahkan hati ini pada Allah. Biar dia jagakan.
Dia akan berikan kebahagiaan hati saat kita sudah benar-benar sudah bersedia.
Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang. :’)


Penutup: menyerah kepada setiap takdir Allah bukanlah sifat pengecut, tetapi yakin ada kebaikan yang menunggu dihujung jalan

Jalan kehidupan kadangkala tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan.
Kadangkala, sesuatu perkara itu memerlukan kita untuk mengalah, dan melepaskan ia pergi.
Namun, melepaskan bukan bermakna kita sudah berputus asa.
Melepaskan pergi adalah melepaskan semua ikatan dan kebergantungan terhadap orang tertentu, keputusan dan situasi.
Mampu untuk mengalah menunjukkan kita seorang yang matang, ingin menjadi diri sendiri yang terbaik, tanpa mengharapkan kehidupan menjadi seperti apa yang kita inginkan.
The energy of someone aspiring to create their dreams, teamed with surrender, is far more powerful than someone determined to create outcomes with a desperate ‘must have’ mentality.
Berdamai dengan takdir Allah akan membawa ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasakan.
La haula wala quwwata illa billah”
– Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah


Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.
loading...

0 Response to "BAGAIMANA CARANYA UNTUK MERAI BAHAGIA DAN KETENANGAN?"

Post a Comment