Mengapa Rasulullah SAW Melarang Membunuh Semut? Inilah Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu

Kongsikan di
Bolehkah kita membunuh semut dengan racun sedangkan semut merupakan salah satu dari binatang yang dilarang oleh Rasulullah SAW dari membunuhnya.

Masalahnya, semut terdapat dimana-mana sahaja termasuk didalam beras, sinki dan disoket lampu.

Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya.

Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan, bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?

Dalam sebuah hadis dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata, "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Shurad."

Hadis ini menunjukkan hukumnya haram membunuh empat jenis binatang tersebut atau memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula satu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya.

Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitan dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya dengan penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah. Setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat kembali sarangnya.

kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. 

Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. 

Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.

Usaha yang kita lakukan adalah untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan Rasulullah SAW yang kita tidak mampu memahaminya secara pasti.

Wallahu a'lam.
loading...

1 Response to "Mengapa Rasulullah SAW Melarang Membunuh Semut? Inilah Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu"

  1. Hadis tu sahih ke tak?? Mcm pelik je bunyi nya. Mintak nama perawi hadis tu... Jika btul artikel ni btul knape ia takde dlm sukatan PAI tingkatan 3??

    ReplyDelete