Pelajar 14 tahun Melahirkan Anak Gara- Gara Kenalan Wechat

Kongsikan di

KUALA KLAWANG, 9 Dis: Seorang ibu terkejut apabila mendapati anak perempuannya yang berusia baru 14 tahun melahirkan bayi di rumah mereka di sini pada Selasa.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Jelebu, Asisten Superintendan Abdul Razak Yahya, pelajar tersebut melahirkan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram secara normal.

Tambah beliau lagi, pelajar itu pada mulanya mengadu sakti pinggang dan meminta kakaknya mengurut badan bagi mengurangkan kesakitan.

"Ketika mengurut itu, dia tiba-tiba melahirkan seorang bayi. Bayi itu kini dirawat di hospital bersama ibunya," katanya di sini, hari ini.

Menurut Abdul Razak lagi, keluarga kepada pelajar berkenaan tidak menyedari perubahan badan anaknya.

Siasatan awal mendapati pelajar terbabit mengadakan hubungan dengan teman lelaki berusia 19 tahun pada Mac lalu selepas berkenalan menerusi aplikasi WeChat.

"Teman lelaki pelajar itu kini ditahan reman selama tujuh hari, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Sumber: BH Online
loading...

0 Response to "Pelajar 14 tahun Melahirkan Anak Gara- Gara Kenalan Wechat"

Post a Comment