Suami Solat Berjemaah Di Rumah atau Di Masjid?

Kongsikan di

Soalan:
Asalamualaikum Ustaz. Yang manakah lebih afdal samada suami solat berjemaah bersama isteri di rumah atau suami solat berjemaah di surau/masjid?
Jawapan:
Mengikut mazhab syafie, solat berjemaah merupakan fardhu kifayah ke atas ahli kariah, dgn maksud berdosa satu kampung jika tiada satu pun solat berjemaah didirikan. Dan ia merupakan sunat muakkad bagi setiap individu lelaki yang akil baligh dan bermukim. (Kifayah al akhyar: jilid 1/ms 81)
Untuk orang lelaki adalah lebih afdal menunaikan solat berjemaah di masjid atau surau.
Dalam satu hadis riwayat Ibn Mas’ud, beliau menjelaskan:
ولو صليتم في بيوتكم لتركتم سنة نبيكم، واذا تركتم سنة نبيكم لضللتم…او نحوه
“Sekiranya kamu semua bersolat di rumah-rumah kamu, nescaya kamu telah meninggalkan jalan petunjuk nabi kamu, bila kamu meninggalkan jalan petunjuk nabi kamu, pasti kamu semua akan sesat….”
Sekali pun hadis ini seperti menyatakan hukum fardhu ain solat berjemaah, terdapat hadis-hadis lain yang juga seperti membayangkan hukum solat berjemaah adalah sunat yang sangat diberatkan. Lafaz kifayah:
واعلم ان الجماعة تحصل بصلاة الرجل في بيته مع زوجته وغيرها، لكنها في المسجد افضل
“dan ketahuilah bahawa solat berjemaah itu terhasil dengan solat seorang lelaki bersama isterinya di rumah atau bersama orang lain. Akan tetapi sokat berjemaah itu lebih afdhal dilakukan di masjid”.(Kifayah al akhyar: jld 1/ms 82)
Maka adalah lebih afdhal para suami keluar bersolat di surau atau masjid meninggalkan isteri bersolat bersendirian di rumah, kecuali jika di takuti isteri akan melambat-lambatkan solat jika bersendirian. Namun para ulama mutaakhirin syafie khilaf dalam hal afdhal lelaki solat di masjid atau di rumah mengikut keadaan dan di sini dinyatakan lafaz mughni [syarbini khatib]
لو ذهب إلى المسجد وترك أهل بيته ليصلون فرادى أو لتهاونوا أو بعضهم في الصلاة فصلاته في البيت أفضل من صلاته في المسجد-مغني
“sekiranya suami ke masjid berjemaah dan meninggalkan ahli keluarganya di rumah, pasti mereka akan bersolat bersendirian semua mereka atau meringan-ringankan dengan solat berjemaah atau sebahagian daripada ahli keluarganya. Maka pada ketika ini solat lelaki tersebut di rumah lebih afdal daripada solatnya di masjid”
Terdapat saranan daripada Syeikh Nuruddin Hafizahullah supaya suami menunaikan solat sunat rawatib di rumah dengan di makmumkan oleh isteri yang bersolat fardhu, kemudian setelah selesai salam suami, maka isteri boleh meneruskan rakaat solat fardhu yang masih berbaki.
Mazhab syafie berpandangan sah solat fardhu seseorang yang berimamkan seseorang yang sedang solat sunat, begitu juga sah solat orang yang bersolat tunai dengan orang yang bersolat qada.
[و[وشاح الافراح واصباح الفلاح: الشيخ محمد ابن اسماعيل داود الفطاني
Cetakan darul maarif: ms 33
Wallahu a’lam
Sumber: Usrah Solat (Q&A Ibadat)
loading...

0 Response to "Suami Solat Berjemaah Di Rumah atau Di Masjid?"

Post a Comment