Jika difikirkan kembali, kita dilarang menyentuh makanan dengan tangan kerana makanan akan cepat basi. Hal ini kerana enzim yang ada pada jari kita itulah yang menyebabkan makanan itu menjadi basi lebih cepat daripada biasa.
Walaubagaimanapun, perbuatan menjilat jari setelah makan telah menjadi budaya dalam kehidupan seharian kita terutamanya bagi masyarakat melayu di negara ini. Ketika kecil, ibu bapa telah mengajar kita untuk menjilat jari setelah makan supaya tangan kita tidak comot.
Adakah kita tahu bahawa menjilat jari setelah makan itu salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.?
Baginda bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu tidak mengetahui (bahagian) manakah (daripada makanan kamu) yang mengandungi keberkatan." (Riwayat Muslim)
Adakah kita tahu bahawa perbuatan ini mendatangkan banyak kebaikan dari pelbagai segi? Sunnah ini telah dibukti secara saintifik, mampu membantu proses penghadaman di dalam perut kerana jari-jari kita mempunyai enzim yang diperlukan untuk pencernaan makanan.
Sunnah ini perbuatan Rasulullah, Baginda insan yang mulia. Oleh itu, perbuatan ini juga termasuk perbuatan yang sangat mulia.
Sumber: Gen-Q 19 (Sunnah menjilat jari selepas makan).
loading...
0 Response to "Sunnah menjilat jari selepas makan"
Post a Comment