Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.
Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )
loading...
Sesetengah ulama berpendapat gambar lukisan makhluk yg bernyawa yg x bleh..org dan juga binatang..trmsklah patung..gambar betul dibolehkan sebab bukan hasil dr meniru ciptaan Allah..gmbar dirakam ianya btl dan bkn dilukis tiru ciptaan Allah..
ReplyDeleteHadis itu soheh tp ulama khilaf. Hadis itu muncul pd zaman awal Islam ketika org Arab baru memeluk Islam. Nabi melarang prkara trsebut disbbkan tradisi org Arab yg mnyembah brhala dan seumpamanya dan dikhuatiri mrk mnjadi syirik. Jadi hiasan/gantung gambar hanya dilarang sekiranya ia brmaksud utk pemujaan dan menyembah selain Allah. Namun ada jg ulama yg brpegang dgn zahir hadis. So..dlm prkara kilaf, kita sewajarnya mengemukakan smua pandangan baru lah masyarakat awam tdk keliru. Wallahualam.
ReplyDeleteTerima kasih jzkk
Delete