Dalam perawatan Islam salah satu
surah mustajab ialah 3 Qul selain Ayat Kursi dan Ayat Seribu Dinar yang
sering diamalkan dalam menjauhkan diri dari gangguan syaitan,
membersihkan hati dan permudahkan segala urusan.
Setiap diantara kita mengambil
perlindungan insuran nyawa untuk melindungi ahli keluarga kita sekira
terjadi apa-apa musibah yang mengakibat kematian atau hilang upaya kekal
yang dapat membantu mereka meneruskan kehidupan. Semua aset-aset kita
diinsurankan seperti rumah, kereta termasuk premis perniagaan kita. Ada
sesetengah pemain bolasepak profesional dunia menginsurankan kaki dan
tangan sepanjang musim perlawanan.
Bagaimana pula kita nak insuran diri
kita dari perkara yang kita sendiri tidak nampak seperti gangguan jin,
saka, santau, pukau dan sihir? Sebelum kita ditimpa musibah diakibatkan
oleh makhluk halus dan khianat manusia yang durjana, marilah kita
menjaga diri kita dan melindungi diri dari perkara tersebut. Tidak perlu
bayaran premium dan hanya amalan yang mudah dibuat oleh sesiapapun.
Sebelum ini banyak doa-doa yang kita pelajari tetapi yang asas sekali
kita lakukan yang ini dahulu.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis
di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. .
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Sumber: UTM
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. .
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Sumber: UTM
loading...
0 Response to "Kelebihan Membaca 3 Qul"
Post a Comment