Keinginan wanita untuk menjadi cantik mendorong mereka untuk mencuba
pelbagai jenis produk kecantikan yang diragui keselamatannya. Jika
dilihat di media sosial sekarang ini, rata-rata produk kecantikan
tempatan menjanjikan kulit muka yang bersih dan putih dalam masa yang
sangat singkat.
Bagaimana nak tahu produk kecantikan anda mengandungi bahan terlarang itu atau tidak? Penanda kasarnya ialah:

Produk
ini tak terdapat di farmasi. Hanya terdapat di kedai atau kiosk
jalanan. Ini kerana farmasi menyaring produk yang boleh dijual olehnya.

Produk
ini takkan diiklankan di suratkhabar atau majalah yang terkemuka.
Tetapi sering diiklankan di suratkhabar dan majalah berbentuk tabloid

Harganya jauh lebih murah dari harga produk yang dijual di farmasi. Ini kerana merkuri adalah murah.

Produk
seperti ini sering diimport secara pukal dari China, India, Mexico dan
dipek semula menggunakan berbagai jenis jenama. Umumnya ia akan dipekkan
kepada set standard yang mengandungi pencuci muka, krim siang dan krim
malam. Kesemuanya dipek bersaiz kecil.

Krim siang atau malamnya berbau wangi kuat untuk menutup bau logam merkuri
.

Jeragat
tak boleh dihilangkan kecuali dengan laser. Ia hanya boleh dicegah dan
dikurangkan saja. Namun krim bermerkuri atau berhydroquinon boleh
menghilangkan jeragat seawal 2 minggu.

Kesan
pemutihan dan kelicinan kulit boleh didapati seawal 2 minggu. Semakin
lama digunakan, semakin putih kulit dan berubah ke merah jambu. Ini
menunjukkan kulit semakin menipis. Kulit berasa pedih walau ditiup
angin.

Jerawat
langsung takkan tumbuh sepanjang menggunakan produk ini kerana lapisan
kulit yang menipis akan turut merosakkan liang sebum.

Jika
anda berhenti menggunakan produk tersebut, jeragat akan tumbuh lebih
banyak dan warna muka menjadi tak sekata. Pendek kata, kulit menjadi
berganda teruk dari yang asal sebaik saja berhenti menggunakannya.
Kulit sepatutnya menjadi perisai pertama tubuh terhadap serangan
pathogen. Jika kulit sudah rosak dan menipis, bagaimana ia boleh
menjalankan fungsi pertahanan badan?
Tambahan lagi, penggunaan produk seperti ini tak terhad merosakkan
kulit, malah akan diserap ke tisu badan. Merkuri boleh merosakkan saraf,
organ dalaman badan seperti otak, buah pinggang dan hati, serta
mencacatkan kandungan jika pengguna mengandung.
Dapatkan nasihat pakar dermatologi atau pakar aestetik jika berasa
risau dengan masalah kulit kusam dan berjeragat. Produk yang mereka
cadangkan mungkin lebih mahal dan hasilnya lebih lambat.
Namun
keselamatan jangka panjang lebih terjamin. Tak guna berkulit licin merah
jambu namun jatuh sakit kemudian hari akibat kesan sampingan produk
kecantikan.
Sumber:
Oh!Bulan
0 Response to "Kulit Sekitar Muka Terkopek – Bahaya Produk Merkuri dalam Kosmetik"
Post a Comment