Perbezaan Pendapat Ulama' (Khilaf) Terhadap Had Dan Batasan Aurat Lelaki

Kongsikan di


Batasan yang disepakati oleh ulamak ialah dua kemaluan iaitu depan (bahagian zakar) dan belakang (bahagian punggung). Wajib lelaki menutup dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain. Adapun yang selain dari itu, maka para ulamak berbeza pandangan;

Pandangan pertama;
 aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”.
(Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)

Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak.

Pandangan kedua; aurat lelaki hanyalah dua kemaluannya sahaja iaitu depan dan belakang. Paha tidaklah aurat. Mereka berdalilkan beberapa hadis antaranya hadis Anas r.a. yang menceritakan;

أن النبي صلى اللَّه عليه وسلم يوم خيبر حسر الإزار عن فخذه حتى إني لأنظر إلى بياض فخذه
“Pada hari peperangan Khaibar, terselak kain dari paha Nabi s.a.w. hingga aku dapat melihat putihnya paha baginda”
(HR Imam Ahmad dan Imam al-Bukhari).

Pandangan kedua ini adalah pandangan mazhab az-Zahiri dan sebahagian ulamak mazhab Maliki.

Menurut Imam al-Bukhari; hadis Anas di atas lebih kuat sanadnya, namun hadis Jarhad adalah lebih berhati-hati. Jadi sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat), lebih baik kita berpegang dengan pandangan jumhur kerana kita dapat lari dari khilaf dan keraguan. Sabda Nabi s.a.w.; “Tinggallah yang meragukan kamu untuk berpindah kepada apa yang tidak meragukan kamu” (HR Imam at-Tirmizi dan an-Nasai. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)

Sumber: Fiqh Am
loading...

0 Response to "Perbezaan Pendapat Ulama' (Khilaf) Terhadap Had Dan Batasan Aurat Lelaki"

Post a Comment