Gambar Hiasan
Kehilangan insan yang disayangi terutama ibu atau bapa yang membesarkan kita merupakan detik yang amat memeritkan sesiapa sahaja.
Rasa rindu atau terbayang-bayang wajah mereka suda pasti akan sentiasa bermain difikiran apatah lagi terlihat sesuatu benda yang mereka suka di hadapan kita.
Seorang guru bernama Khalil Khusairi Zainol berkongsikan kisah seorang anak yatim yang berada di dalam kelasnya di mana dia telah kehilangan ibunya setahun lalu. Namun beliau telah bermimpi sesuatu yang membuatkan dia ingin melawat perkuburan ibunya.
Agak berat jari ini menaip untuk berkongsi kisah ini.
Dalam kelas saya ada seorang anak yatim, namanya Ikmal yang kematian ibunya Feb 2016 lalu.. seorang yang murah senyuman.
Semalam saya cari dia sebab tak masuk kelas, rupanya dia sedang menangis di Masjid.
Katanya semalam dia mimpi maknya datang dan usap kepalanya 3 kali, Dan berkata dah lama tak jenguk mak.. dia nak ziarah kubur maknya.
Saya dapat keizinan mudir (maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi, MATIN Perlis) untuk bawa Ikmal ziarah kubur maknya di Kampung Tanjong.
Tak dapat menahan kesedihan melihat Ikmal yang terlalu rindukan maknya. Saya cakap, mak Ikmal sedang bahagia di Syurga sekarang. Ikmal kena belajar rajin2 sampai khatam hafal Quran 30 juzuk, jadi anak soleh.
Doakan Ikmal dapat hafal Al-Quran. Hadiahkan Al-Fatihah buat ibunya Rosni Binti Jusoh.
- Siakapkeli.my
loading...
0 Response to ""Saya Mimpi Arwah Mak Datang Usap Kepala Saya Semalam," Kisah Anak Yatim Hilang Dari Kelas Menangis Di Surau Sekolah"
Post a Comment