Solat Jamak Tanpa Qasar Bukan Kerana Bermusafir

Kongsikan di

Untuk mengerjakan solat jamak sahaja tak diqasarkan terdapat beberapa keadaan yg di haruskan iaitu :

Sebab-sebab Untuk Solat Jamak

Kebiasaan bagi kita untuk melakukan solat jamak sewaktu kita bermusafir (dalam perjalanan yang jauh). Tetapi sebenarnya ada beberapa sebab yang lain dimana kita dibolehkan juga untuk melakukan solat secara jamak.

Antaranya :

1. Jamak sebab hujan

2. Jamak sebab sakit

3. Jamak sebab hajat

Jamak sebab hujan :

Hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut:“Rasulullah SAW solat jamak Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”.Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya:“Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya”

 Jamak sebab sakit

Imam Ahmad berpendapat harus bagi individu yang sakit tenat dan berat menjamakkan solat supaya tidak dibebani dengan menantikan waktu solat dan agar mereka dapat berihat.

Imam „Atho‟, Imam Malik dan Imam Ahmad, Qadhi Husain (bermazhab Syafi‟ie), al-Mutawalli (bermazhab Syafi‟ie), ar-Ruyani (bermazhab Syafi‟ie) dan al-Khattabi, mereka berpandangan; “Diharuskan menjamak solat kerana uzur sakit atau kerana keuzuran-keuzuran lain yang seumpamanya”

Jamak sebab hajat.

Abdullah bin Syaqiq berkata, ‘’ Pada suatu hari Ibn Abbas berpidato kepada kami di Basrah selepas asar hingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata ‘’ Solat, solat’’ tetapi dia tetap berpidato lagi.Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan ‘’Solat, solat’’. Lalu Ibn Abbas berkata ‘’ Apakah engkau mengajarku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata, ‘’ Aku melihat Nabi Muhammad menjamakkan antara zohor dan asar,maghrib dan isyak.

Dalam keadaan sekarang ini boleh jamak solat jika doktor pembedahan terpaksa melakukan pembedahan tanpa berhenti maka di haruskan solat jamak.

Berlaku kesesakan jalan raya tak sempat nak solat cara tamam boleh di jamakkan .

Menghadapi pepereksaan yang melepasi waktu solat, maka di haruskan jamakkan solat tersebut.

Syarat-syarat untuk solat jamak

Untuk melaksanakan solat-solat jamak, ia perlulah berdasarkan syarat-syarat. Jika ianya tidak berjaya memenuhi syarat-syarat, maka tidak dibenarkan bagi kita untuk mendirikan solat-solat tersebut secara jamak.

Jamak sebab hujan.

Hanya dapat dilakukan oleh jemaah yang solat di masjid sahaja
Jamak taqdim sahaja. Hujan tidak berhenti hingga jemaah selesai solat
Hujan lebat

Jamak sebab sakit.

individu yang sakit tenat dan berat sukar untuk mengambil wuduk.

Jamak sebab hajat.

1. Tidak dijadikan kebiasaan atau adat

2. Hajat itu benar-benar mendesak

3. Tidak dijadikan alat bagi mempermain-mainkan agama dan muslihat bagi mereka yang malas mengerjakan solat (contoh muslihat : memilih untuk solat jamak kerana mahu pergi shopping)

4.Pencanggahan para ulama

Dalam menetapkan sesuatu hukum, setiap ulama ada kaedah masing-masing, berdasarkan suasana semasa dan zaman mereka, berdasarkan kepakaran masing-masing dan tahap kepercayaan (tsiqah) mereka masing-masing terhadap sumber rujukan mereka mengenai hal tersebut.

Hal ini, telah menyebabkan wujudnya pelbagai solusi terhadap sesuatu perkara. Contohnya dalam perihal solat jamak perihal dibolehkan menjalani pembedahan transplantasi organ, penggunaan wang fiat (fiat money) dan pengunaan gelatin/vanilla di dalam makanan.

Akan tetapi, kekeliruan ini atau perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tidak menimbulkan sebarang konflik dalam kalangan mereka dan tidak pergaduhan di antara mereka. Cumanya, segala konflik dan pergaduhan yang wujud adalah disebabkan oleh para pengikut/pegang mereka pada seseorang ulama tersebut.

Memetik kata-kata imam syafie, “Jika terdapat hadits yang shahih, maka lemparlah pendapatku ke dinding. Jika engkau melihat hujjah diletakkan di atas jalan, maka itulah pendapatku.”
loading...

0 Response to "Solat Jamak Tanpa Qasar Bukan Kerana Bermusafir"

Post a Comment