Seringkali kita mendengar yang zaman
sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena
yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa
anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa
mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam
perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita
bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan
agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :
Seorang
lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal
kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana
derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu
menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?”
Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?”
Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab
(al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku
tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia
dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula
dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam.
Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.
Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan
kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah
berlaku buruj dan jahat sebelum
dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan
kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya
sendiri.
Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian
dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka
kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak
dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini.
Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi
pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.
Kerapkali
“derhaka” dikaitkan antara hubungan anak dengan ibubapa (selain daripada
konteks politik.. asyik-asyik politik, keluarga sendiri pun tidak dibetulkan,
tiada gunanya juga).
Namun, tanpa
kita sedari, ada antara kita yang bergelar sebagai ibubapa juga penyumbang
permasalahan remaja hari ini kerana kita yang “derhaka” terdahap mereka.
Mungkin, kita seharusnya cuba memperbetulkan apa yang terjadi pada hari ini
dengan memperbetulkan diri dan keluarga kita sendiri.
Ini juga
bermakna disini, jika pemimpin hari ini risaukan generasi muda mudi hari ini
yang sudah tidak beradab, betulkanlah peribadimu dahulu untuk menjadi contoh
yang baik. Jika carutan kebiasaanmu, ubahlah kepada ucapan/zikir sebagai
amalanmu untuk diucapkan kepada umum.
Adalah
diharapkan, kita dapat renung kembali dan memperbaiki diri kita.
Kepada yang
bergelar anak-anak, janganlah pula menuding semata-mata pada ibu bapa atau
orang lain. Dirimu sudah punyai akal dan dipercayai telah diajar ilmu-ilmu asas
(melainkan selalu tak masuk kelas atau tidur dalam kelas). Gunakanlah kurniaan
itu sebaiknya.
Wallahualam…

loading...
0 Response to "Derhaka…Adakah Hanya Anak Kepada Ibubapa?"
Post a Comment