(HADIS) PESAN JIBRIL MENGENAI JIRAN

Kongsikan di


Daripada ibnu Umar dan Aishah RA, kedua-duanya berkata, sabda Rasulullah SAW, “Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum pusaka antara sesama jiran."
 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Huraian Hadith :
 
 
  1. Islam menyuruh berbaik-baik dengan jiran.
  2. Dalam Islam, jiran mempunyai tanggungjawab di atas jirannya yang lain daripada keluarga yang tinggal berjauhan.
  3. Tahap hubungan kejiranan adalah di anggap sampai ke taraf kekeluargaan.
  4. Umat Islam hendaklah sentiasa pesan-memesan antara satu dengan yang lain untuk mengeratkan hubungan kejiranan untuk mencapai kebahagiaan.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
loading...

0 Response to "(HADIS) PESAN JIBRIL MENGENAI JIRAN"

Post a Comment