Inilah 5 Jenis Makanan Orang Perempuan Kena Amalkan Untuk Elak Kanser Payudara

Kongsikan di
Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.
Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia. Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.

Salah satu faktor yang memainkan peranan dalam mengelakkan risiko penyakit kanser payudara adalah pemakanan. Cara pemakanan haruslah dititik beratkan agar diri sentiasa mengambil makanan yang sihat untuk menjamin kesihatan yang baik berpanjangan.

Ketahui lima jenis makanan yang membantu dalam mengelak penyakit kanser payudara bagi perempuan.


Sayur-sayuran berjenis cruciferous

Brokoli, kobis bunga, kobis cina, dan kobis merupakan sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser. Sayuran jenis cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Makan sayuran jenis cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.

Limau gedang

Ia lebih dikenali sebagai grapefruit yang perkaya dengan bahan antioksidan membantu dalam mengelakkan adanya sel kanser dalam badan. Ianya juga kaya dengan vitamin C mengurangkan risiko kanser perut, kolon, esofagus, kelenjar, payudara dan servik.

Kacang tanah dan jem mentega kacang

Memakan kacang tanah atau jem mentega kacang boleh membantu dalam menguatkan sel pertahanan tubuh badan dari terkena penyakit kanser payudara kerana ianya kaya dengan vitamin E yang baik untuk tubuh badan.

Beri

Semua jenis buah beri merupakan sumber makanan yang paling bagus dalam menghindar penyakit kanser payudara. Raspberi, beri biru, strawberi dan cranberry merupakan agen yang bertindak lebih efektif dalam mengelak kanser.

Salmon

Kekurangan vitamin D dalam badan boleh mengundang kepada penyakit kanser kolon dan payudara. Vitamin D membantu dalam mengelakkan penularan sel kanser. Pengambilan salmon dalam makanan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kerana salmon kaya dengan vitamin D.
loading...

1 Response to "Inilah 5 Jenis Makanan Orang Perempuan Kena Amalkan Untuk Elak Kanser Payudara"


  1. Research menunjukkan Bawang putih, halia dan epal cider dapat merencatkan aktiviti sel sel kanser. 3 bahan ini juga adalah antibiotic natural yg powerful.

    Halia, bawang putih, epal cider, lemon dan madu di gabungkan menjadi minuman Botani JUSvSE7EN yg sgt bermanfaat membantu meredakan kanser.

    Jus Se7en juga sgt berkesan elakkan stroke, serangan jantung, diabetics, gout dan segaekan tubuh dari sakit Dan lenguh. Lawat.
    www.jusse7en.com
    www.jusse7en.com

    ReplyDelete