Jaga Ibu Bapa Sebelum Mereka Pergi Temui Allah

Kongsikan di

Waktu aku taip ni, aku sedang merindu. Rindu pada mama yang telah pergi. Entah kenapa aku rasa nak bercerita dan sebenarnya lebih kepada nak meluahkan rasa.

Orang kata, kalau yang pergi tu biarkan dia pergi. Kita yang ada ni perlu teruskan hidup. Ye, betul. Tapi perlu ambil masa untuk pulihkan emosi dan kekuatan. Sebab kita yang lalui.

Kau tahu apa yang aku rasa masa mama pergi? Aku rasa hilang semua. Hilang keyakinan diri, hilang diri sendiri. Tak mampu nak berdiri lagi.

Sebab apa?

Sebab aku sendiri yang tengok macam mana mama bertarung dengan nyawa yang semakin menipis. Aku sendiri yang jaga mama di wad. Aku sendiri yang tengok macam mana nafas mama tak cukup. Aku sendiri yang iring mama ke ICU.

Bila di ICU aku tengok nafas mama mencungap cungap. Hanya pandangan mata mama yang menceritakan segalanya. Kau tak rasa sedih bila tengok berselirat wayar dibadan mama. cucuk sana cucuk sini. 

Sedangkan baru semalam kau tengok mama kau yang cantik tengah bergelak ketawa dengan kau. Yang sihat dan cergas boleh keluar jenjalan dengan kau dan tiba² hari ni mama kau dalam keadaan macam tu. Kau rasa kalau kau kat tempat aku kau boleh hadap?

Kau boleh nak tidur lena bila kau sendiri terbayang semua perkara yang jadi depan mata kau. Tapi aku puas. Puas sebab sampai ke hujung nyawa mama aku masih dapat berbakti pada mama. 

Aku lapkan badan mama, aku suapkan makan untuk mama, aku tidurkan mama, bersihkan najis mama, temankan mama ke bilik air, tadah muntah mama. Aku dapat buat semua yg mama pernah buat untuk aku masa kecik.

Kau tahu macam mana rasa bahagia tu? Tuhan ja yang tahu perasaan aku. Kalau kau pernah lalui kau akan tahu macam mana perasaan tu.

Bila aku hilang mama, aku hilang satu keberkatan dalam hidup dan keberkatan tu adalah DOA. Sejujurnya, aku tidak bersedia untuk kehilangan mama. Namun, siapa aku untuk mendustakan ketentuan tuhan.

Kau yang masih ada mak dan ayah, berbaktilah selagi mampu. Jaga mak dan ayah kau sebaik mungkin. Layankan mereka bagaikan permaisuri dan raja. Kau akan bahagia. Percayalahh.

Sebab nikmat aku yang satu ni tuhan dah tarik. Tinggal lah aku tanpa mama di sisi. Sepi tak terkira. Sunyi tak terkata. Sungguh, aku rindu pelukan mama, belaian mama, gelak tawa mama, senyum mama, suara mama dan ciuman mama. 

Yang paling rindu, nak panggil “mama”. Tapi Allah lebih sayangkan mama. Allah pinjamkan mama untuk aku hanya seketika. Syukur aku masih dapat merasa kasih sayang mama selama 24 tahun. Aku kena kuat dan terus kuat.

Hidup perlu diteruskan. Sebab aku masih ada abah dan adik beradik yang lain. Kini masa untuk aku berbakti pada abah pula. Semoga aku sempat membahagiakan abah. In shaa Allah. Doakan aku dapat kerja ya.
loading...

0 Response to "Jaga Ibu Bapa Sebelum Mereka Pergi Temui Allah"

Post a Comment