Bak kata orang, jika hendak cantik tu, biarlah stabil dari segi luaran dan dalamannya. Ternyata, telah menjadi lumrah seorang wanita, suka atau tidak, dirinya pasti terpengaruh untuk menjaga setiap inci tubuh dan wajahnya. Namun, ramai antara kita hanya peka akan penjagaan kecantikan luaran tanpa mengendahkan apa yang berlaku di dalam. Walhal, kesihatan dalamanlah yang harus diutamakan kerana keadaan dalaman tubuh akan menjadi cerminan kepada kecantikan asli yang terselah secara luaran.
Dunia semakin moden, rata-rata wanita masa kini lebih gemar untuk memilih jalan pintas bagi menyerlahkan kecantikan diri. Kolagen, stemcell, vitamin, serum, dan variasi jenis pil lain sering menjadi topik perbualan hangat kala berkumpul bersama teman-teman sebaya. Masing-masing pulun mengumpul wang, sanggup mengikat perut semata-mata untuk mendapatkan produk kesihatan yang mahal harganya. Ya, itu belum dikira tentang kesan sampingan yang mungkin berbahaya ke atas tubuh wanita.
Mungkin selama ini anda tidak pernah berfikir panjang dalam mengecapi kecantikan yang abadi, tetapi di sini, Wanista ingin menggalakkan supaya anda mengamalkan petua orang dulu-dulu yang sering meminum jus herba buatan sendiri bagi mengekalkan kecantikan dalaman serta luaran. Ianya lebih selamat, bahkan turut menjanjikan hasil keberkesanan berbaloi!
#1 Jus Kunyit: Kecutkan Rahim
Bahan:
- 2 ketul kunyit
- 1/2 ketul halia
- 2 batang serai
- 1/2 ketul lengkuas
- 1/2 ketul temukunci
- Garam
- 1 liter air putih
- Kisar semua bahan sehingga hancur.
- Masak bahan yang dikisar bersama air putih selama 40 minit hingga 1 jam.
- Amalkan segelas (gelas kecil) setiap hari.
sumber:wanista
loading...
0 Response to "KECUTKAN RAHIM DENGAN INI!! BACA SELANJUTNYA"
Post a Comment