Khasiat Anggur; Makanan Sunnah Yang Baik Untuk Kesihatan

Kongsikan di

Anggur ni merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang telah ditanam sejak dahulu kala lagi. Biasanya anggur ditanam di atas para. Melihatkan buahnya yang bergugus-gugus terjuntai dari para tu, memang menggoda habis.
 Anggur Disebut Di Dalam Al-Quran
Anggur dalam bahasa Arab disebut ‘inab. Di dalam al-Quran, anggur disebut sebanyak 12 kali. Antaranya ialah:-
“Dan daripada buah tamar (kurma) dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman halal. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda yang membuktikan kekuasaan Allah pada orang yang mahu

“”Sesungguhnya kami mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. Lalu kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, buah anggur serta sayur-sayuran.

Haaa….bila Allah dah sebut dalam al-Quran, semestinya lah ianya sesuatu yang sangat utama dan penting kan?
Khasiat Buah Anggur Menurut Islam
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah berkata berkenaan buah anggur, “Anggur adalah buah-buahan terbaik berbanding buah lain.
Ia dijadikan makanan asasi, lauk, ubat, dan minuman terbaik di antara minuman yang sedia ada.
Jus anggur adalah minuman yang bermanfaat untuk seseorang yang baru sembuh daripada sakit dan keadaannya yang masih lemah.
Ia kaya dengan Vitamin C, iaitu vitamin yang penting bagi memberikan nutrisi dan melindungi tubuh daripada serangan penyakit.”
Anggur ni mempunyai 2 jenis zat tau. Satu zat glukosa (gula anggur) dan satu lagi adalah zat friktosa (gula buah-buahan).
Kedua-dua zat ni membentuk 2 unsur makanan yang bernilai tinggi.
Kandungan khasiat anggur kering (kismis) pula lebih tinggi berbanding anggur segar. Bahkan, ianya membekalkan kalori dengan jumlah yang tinggi kepada tubuh kita.
Setiap 100 gram anggur kering, memberikan 268 kalori. Manakala 100 gram anggur segar hanya memberikan 68 kalori.
Besar kan perbezaan kalori antara anggur segar dengan anggur kering. 200 kalori jugak tu.

Sumber : myliferia.com

loading...

0 Response to "Khasiat Anggur; Makanan Sunnah Yang Baik Untuk Kesihatan"

Post a Comment