Adakah Diet Buah-buahan Baik Untuk Kesihatan?

Kongsikan di


Mereka yang memakan 75 peratus atau lebih buah dalam sehari boleh dikategorikan sebagai pengamal diet buah. Buah-buahan atau makanan yang berasaskan buah, kacang dan bijirin merupakan menu utama bagi mereka. Ramai yang mengamalkan diet buah kerana tidak mahu membunuh atau merosakkan hidupan termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Ada juga yang mengamalkan diet ini kerana dasar etika, kesihatan, politik, budaya dan ekonomi. Sesetengah orang yang mengamalkannya kerana agama menganggap, corak pemakanan ini merupakan diet asal manusia kerana peristiwa Adam, Hawa dan buah Epal. Antara pengamal diet buah adalah, Mahatma Gandhi, tetapi beliau bertukar kepada diet sayur-sayuran setelah 6 bulan mengamalkannya.


Pemakan Buah Tegar

Bagi pengamal diet buah tegar, mereka tidak akan memakan langung mana-mana sumber makanan sekiranya ia ‘membunuh’ atau bakal merosakkan hidupan tak kiralah tumbuh-tumbuhan atau haiwan. Oleh itu, mereka hanya akan memakan buah yang sudah ranum dan jatuh dengan semulajadi daripada pokoknya.


Kesan-kesannya

Diet buah merupakan di antara diet yang paling dilanda kontroversi kerana kesan-kesan yang bakal dihadapi oleh pengamalnya. Ia bukanlah corak pemakanan yang sihat kerana kekurangannya dari segi nutrisi terutamanya, kalsium, protein, zat besi, zinc, vitamin D dan vitamin B. Antara kesan yang timbul akibat kekurangan nutrisi ini adalah keguguran rambut, tekanan darah rendah, penyakit pankreas, kerosakkan gigi, kulit kering dan gingivitis.
Diet ini tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan. Kajian menunjukkan ramai kanak-kanak mati akibat kekurangan nutirisi kerana terpaksa mengamalkan diet ini. Diet buah sebenarnya membuatkan anda mengambil lebih banyak gula daripada biasa yang sememangnya tidak bagus dan boleh membuatkan anda menghidap penyakit kencing manis. Diet yang tidak seimbang turut menyebabkan anda kurang tenaga sekaligus membuatkan anda cepat merasa letih.


Tip untuk anda yang ingin mengamalkan diet buah

Jangan amalkan diet ini setiap hari. Anda boleh memakan buah sahaja 2 hingga ke 3 hari dalam seminggu dan amalkan diet yang seimbang pada hari yang lain. Dapatkan nasihat daripada pakar nutrisi sekiranya anda bercadang untuk untuk mengamalkan diet ini.
Makan buah-buahan yang segar dan mentah adalah lebih bagus kerana buah-buahan yang dimasak boleh mengurangkan nutrisinya. Kalau boleh ambil supplement tambahan seperti multi-vitamin untuk memastikan anda mendapat nutrisi harian yang cukup.



Sumber : eh.com
loading...

0 Response to "Adakah Diet Buah-buahan Baik Untuk Kesihatan?"

Post a Comment