Pada mulanya memanglah terasa berat kerana hati akan selalu mengelak.
Bahkan hati juga akan selalu cenderung untuk merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki dan menyebabkan hati terasa tercabar untuk menerima apa yang telah dikurniakan.
Apatah lagi yang dikurniakan wajah yang tidak menepati keinginan diri seperti wajah yang dipenuhi dengan jerawat, sudah tentu akan menyebabkan hati terasa berat untuk menerima..
Mata akan memandang hijaunya rumput halaman jiran sebelah lebih cantik dan lebih sihat berbanding rumput di halaman sendiri.
Memandang wanita yang lebih cantik dan lebih menawan hati membuatkan diri terasa terpinggir dan serba kekurangan.
Diri terasa tidak setanding dengan mereka yang cantik, lantas merasakan kurniaan yang dimiliki tidak bererti apa-apa untuk hidupnya kerana tidak mampu menjadikan diri sehebat penampilan orang lain.
Baca beberapa artikel ini:
- Bagaimana mereka yang kurang kacak dan kurang cantik?
- Menjadi wanita yang cantik bukan perkara yang mudah
- Adilnya Allah menciptakan kita semua tidak sama
Inilah perasaan yang tidak sewajarnya hadir dalam hati kita.
Inilah perasaan yang sepatutnya dilupuskan daripada lubuk hati, kerana perasaan ini akan menjadikan kita tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah.
Percayalah bahawa Allah SWT selalu mempunyai rencana yang baik kerana memberi wajah ini kepada kita. Allah selalu mempunyai cara terbaik untuk mendidik hambaNya agar dapat menjalani hidup yang sepatutnya.
Agar lebih bersikap terbuka terhadap kelebihan orang lain dan dapat bersikap tenang terhadap kekurangan orang lain juga.
Kita tidak perlu merasa iri hati atau gundah gelana melihat wanita lain lebih cantik rupa parasnya.
Ini kerana setiap orang sudah mempunyai kurniaan rezeki masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Dan setiap kurniaan itu ada hikmah tersendiri, yang mungkin sahaja tidak pernah terfikir oleh akal kita.
Sepatutnya, katakan pada hati kita bahawa dia memang lebih cantik, tetapi saya lebih bersyukur dengan apa yang ada. Itulah sebaik-sebaiknya tanda kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.“Inilah saya, beginilah saya dan inilah apa adanya saya”
Sumber : akuislam.com
loading...
0 Response to "Apa Sebabnya Allah Jadikan Dia Lebih Cantik Dari Saya?"
Post a Comment