APAKAH CEMARA BABI?

Kongsikan di


Adakah anda pernah mendengar perkataan “cemara babi?”


Dan apakah yang dikatakan cemara babi itu.


Orang-orang yang suka atau mengamalkan ilmu mistik mungkin pernah mendengar perkataan “cemara babi”.


Ia sejenis azimat yang digunakan oleh peminat-peminat mistik untuk beberapa tujuan.

-Pertama supaya dikasihi dan disayangi orang


-Kedua azimat untuk mempertahankan diri dari bahaya-bahaya luka.


Ia dipercayai dapat melindungi pemakainya dari tercedera bila diserang oleh babi liar, atau tegasnya kulitnya menjadi kebal bila diserang babi itu.


Ia juga dipercayai dapat membuat pemakainya mejadi pemberani dan ditakuti oleh orang ramai.


Oleh itu azimat cemara babi ini biasanya digunakan oleh orang-orang yang jahat dan suka melakukan kejahatan atau jenayah.


Azimat Penyekot


Di negeri Kelantan pada masa lalu, menurut H.W. Thomson cemara babi dipakai oleh penjahat-penjahat yang terdiri para pencuri dan perompak. Ia dipercayai amat berguna kerana dapat membuat mangsa- tuan rumah atau pemilik kedai mejadi skot atau tidur terlalu lena hingga tidak menyedari langsung apa yang berlaku di sekitarnya ketika mereka sedang tidur.


Bahannya


Cemara babi atau “kepala babi” ini antara lain diperbuat daripada kira-kira 30  jenis rambut hitam yang diikat bersama dengan kapas untuk menjadikannya sebuah gugusan sepanjang kira-kira 15 inci.


Lebih dasyat lagi ada cemara babi ini diperbuat daripada kulit kepala manusia yang masih mempunyai rambut yang tumbuh di tatasnya. Adalah dipercayai menjadi lebih istimewa kiranya rambut itu telah dijalin oleh hantu atau dikusut-masaikan oleh hantu di atas kepalanya ketika seorang wanita itu meninggal dunia.


Kulit kepala itu digumpal menjadi bulat seperti sebuah bola kecil yang diikat dengan tali atau benang untuk tujuan yang jahat. 


Kulit kepala orang yang mati itu biasanya dicuri dari tanah perkuburan selepas ditanam.


Atau lebih dasyat lagi, manuisa itu sengaja dibunh dengan kejam untuk diambil kulit kepalanya untuk dijadikan cemara babi.


Justeru itulah pada masa sebelum Perang dulu ada sesetengah mayat-mayat yang tertentu yang dibimbangi akan digali dan dicuri penjenayah akan  ditunggu selama beberapa hari sehingga ianya dipercayai tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan jahat itu.


Cemara Dari Babi


Di samping itu mengikut ahli-ahli mistik cemara itu boleh juga diperolehi daripada babi itu sendiri.


Mengikut kepercayaan, babi jantan yang hidup sendirian tanpa kawan-kawan babi yang lain itu dipanggil babi tunggal.  Di kalangan sesetengah babi tunggal ini dipercayai  mempunyai azimat atau pendinding khusus dirinya sendiri, menyebabkan ianya kebal daripada sebarang tembakan senjata api. Azimat semula jadi yang dipercayai dimiliki oleh babi itu dipanggil “cemara babi” menyebabkan dipercayai kulitnya tidak lut terkena tembakan.


Orang yang pernah melihat cemara babi itu memberitahu  keadaan cemara itu berupa segumpal rambut yang berpintal-pintal sepanjang kira-kira satu hasta.


Dalam suasana biasa , babi tunggal dipercayai menyembunyikan cemara itu di alam mulutnya, dan selagi babi itu tidak mengeluarkan cemara itu daripada mulutnya, maka selama itulah ia dikatakan  kebal dari sebarang tembakan peluru senjata api.


Justeru itulah cemara babi tunggal itu menjadi buruan ahli-ahli mistik yang ingin menjadi kebal. Dalam hal ini halal atau haram tidak menjadi perhitungan lagi.


Adalah dipercayai sebuah cemara babi dikatakan berharga berpuluh-puluh atau beratus-ratus ribu ringgit.


Walau bagaimanapun, babi tunggal itu dikatakan mengeluarkan juga cemara itu daripada mulutnya di waktu-waktu tertentu.. Waktunya ketika babi itu hendak mandi berkubang dalam lumpur, dan menyangkutkan cemara itu pada ranting-ranting yang berhampiran sebelum ia turun ke dalam kubang.


Jika kebetulan di tempat itu ada manusia, dan sempat melihat di mana cemara itu disangkutkan maka mereka yang berminat akan segera bertindak untuk merampasnya, iaitu dengan menghalau babi itu lari meninggalkan tempat itu, dan sebaik-baiknya dengan melepaskan tembakan.


Babi  tunggal yang terkejut itu akan segera melarikan diri tanpa sempat mengambil cemaranya.


Adalah dipercayai sebagaimana dikatakan di atas tadi, mereka yang membawa cemara babi itu akan menjadi kebal seperti babi tunggal juga.


Rahsia
sendi

Walau bagaimanapun setiap perkara ada perlawanannya, seperti berani lawan penakut, lemah lawan kuat dan seumpamanya. Hanya Allah yang tidak bertanding, mempunyai kuasa yang mutlak.


Justeru itu, orang-orang yang mengetahui rahsia kelemahan babi tunggal dengan cemara itu dengan mudah sahaja untuk membinasakannya dengan menggunakan teknik yang tertentu.


Caranya ialah dengan jalan menyumbat di muncung senapang yang hendak digunakan itu dengan daun-dayun kayu sebelum tembakan dilepaskan, dan jika tembakan itu tepat mengenai sasarannya nicaya babi itu dipercayai akan tercedera juga.


Demikian juga dengan manusia yang memakai cemara babi boleh ditembak dengan cara yang sama, Masa itu ianya tidak kebal lagi dan akan tercedera jika terkena tembakan.


Demikianlah manusia yang suka menurut nafsu dan hasutan sayitan rela melakukan kerja-kerja kotor dan jahat untuk memuaskan nafsunya sendiri. Tunggulah saat kebinasaannya. 





Sumber : pondokrahmat
loading...

0 Response to "APAKAH CEMARA BABI?"

Post a Comment