Assalamualaikum wbt...
Perkongsian Jumaat dari Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Sharhan Shafie pagi tadi ( buat mereka yang tak berkesempatan) yang sempat disalin .
Ada pemanggil (perempuan) bertanyakan tentang doa bagi membantu suaminya yang koma lebih setahun akibat kemalangan. Ustaz Sharhan berkongsi doa yang belum pernah disiarkan di TV sebelum ini.
Sejarah koma (tak sedarkan diri) menurutnya adalah dari kisah permohonan Nabi Musa a.s untuk melihat Allah.
Buat sikit homework selepas balik bersarapan pagi ...
Rujuk buku Kisah Para Nabi, Pengajaran & Iktibar terjemahan oleh Ustaz Johari Yaman ("library" Anim di Ipoh).
Tafsiran tentang peristiwa itu (Nabi Musa a.s tak sedarkan diri) sempat di baca dalam Surah Al A'raf, ayat 143 dalam Tafsir Al Azhar oleh Prof.Hamka.
Kata Ustaz Sharhan, doa yang dibaca (Firman Allah) ini boleh dibacakan pada orang koma atau jatuh pengsan.
Caranya dengan membacakan doa tersebut pada air zamzam dengan diberi minum kepada pesakit (juga boleh disudukan) atau dibasahkan bibir pesakit dengan kapas supaya masuk ke mulut (basahkan dengan air zamzam yang dibacakan doa tersebut).
Atau kita juga boleh menyapu muka pesakit hingga ke ubun-ubun (tempat roh keluar) dengan air zamzam yang sudah dibacakan dengan doa tersebut.
Kita juga disarankan amalkan doa tersebut supaya dijauhkan dari tidak sedarkan diri atau pengsan dalam apa jua keadaan, in sha Allah.
Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini. Wallahua'lam.
P/S Lepas Tanyalah Ustaz, Ustaz Sharhan berkongsi di MHI pula cara-cara mengubati histeria yang sekarang menjadi- jadi di sekolah. Sempat juga salin pagi tadi. Nak share tak ye? Manalah tau kot2 korang semua dah tonton pagi tadi:-))
Sumber : bicaraneem
loading...
0 Response to "Doa untuk orang koma atau pengsan"
Post a Comment