Hati ibu mana tak rasa pilu apabila anak dikasihi kelihatan lemah tak bermaya dan menangis ketika demam, inikan pula sengsara menanggung derita suatu penyakit dan nikmat kesihatan ditarik satu-persatu.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Natipah Abu berkongsi sebuah kisah menyayat hati mengenai seorang kanak-kanak, Muhammad Fariz Zharfan B. Roslan, 8, yang dahulunya sihat dan aktif, tiba-tiba menjadi buta.
16.11.2015 merupakan tarikh yang mengubah segala-galanya apabila dunia Fariz menjadi gelap sebelum bibirnya juga tidak mampu lagi berkata-kata.
"Mak, kenapa mak tak buka lampu.
"Mak, kenapa Allah ambil balik mata Abang Chik?"
Soalan itu sering bermain di bibir Fariz, sekali gus membuat hati seorang ibu hancur remuk mendengarnya. Doktor mengesahkan mata dan anggota tubuh Fariz tidak dapat menghantar isyarat ke otaknya kerana terdapat lemak terkumpul di dalam saraf otaknya.
Perkongsian menyayat hati itu sememangnya meraih simpati netizen yang mendoakan keluarga kanak-kanak itu diberi kekuatan dalam mengharungi ujian hidup.
Siapa tak sedih melihat orang lain mampu bermain dan berlari dengan gembira sedangkan diri kita tak mampu melihat, apatah lagi melakukan perkara yang mampu dilakukan orang lain.
Berikut adalah status yang dimuat naik yang mendapat perhatian netizen.
16 .11. 2015... Dunianya kelam tiba-tiba sebelum akhirnya bibirnya juga tidak mampu lagi berkata-kata.
" Mak...kenapa mak tak buka lampu "
Berderau darah si ibu. Hancur luluh hatinya.
Dalam linangan air mata...dia mendakap tubuh anak tersayang. Dia tak pernah lupa detik bening subuh itu, saat mengejutkan anaknya dari tidur.
" Mak ..kenapa Allah ambil balik mata Abg Chik ? "
Soalan itu acapkali ditanya Abg Chik. Hati ibu mana yg tidak pilu bila anak yg dulu sihat...berlarian ke sana ke sini...gelak tawanya menghiburkan keluarga...kini menjadi buta tiba-tiba.
" Mak... A bukan macam ni ! Abg Chik tau huruf A "
Memasuki tahun 1 sbg pelajar buta....bukannya mudah buat Abg Chik. 5 bulan setelah itu ...akhirnya dia semakin lemah dan tidak mampu berjalan lagi. Betapalah berat ujian insan terpilih ini... dalam sekelip mata....dari anak yg sihat, dia tiba- tiba terlantar tanpa mampu bercakap dan bergerak lagi.
Hasil ujian MRI , doktor mengesahkan lemak yg terkumpul di dalam saraf otaknya menyebabkan mata dan anggota tubuh tidak dapat menghantar isyarat ke otaknya lagi.
Semoga ada yg sudi berkongsi rezeki dgn anak si tukang rumah ini demi menyiapkan sebuah bilik khas utknya yg selalu menangis mendengar adik dan abang bermain....
Keluarga Fariz memerlukan dana bagi menyediakan sebuah bilik khas untuknya yang sering menangis tatkala mendengar adik dan abangnya bermain. Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan, boleh salurkan bantuan anda ke
Roslan bin Adnan 152219080908 Maybank
Nurbaizura binti Zakaria 152023536365 Maybank
Atau pemegang amanah
Natipah Abu 552107617521 Maybank
Atau hubungi Puan Nurbaizura di talian 013-4029609.
loading...
0 Response to "Mak, Kenapa Allah Ambil Balik Mata Abang Chik? Kisah Adik Fariz Zharfan Dapat Perhatian Netizen"
Post a Comment