Mendengkur Menganggu Bayi Dalam Kandungan?

Kongsikan di


Seorang ibu yang sedang hamil biasanya mengalami berat badan naik. Hal ini menjadi salah satu penyebab calon ibu tersebut mendengkur waktu tidur.

Mendengkur adalah suara serak atau keras yang terjadi ketika nafas terhalang waktu  sedang tidur. Kadang-kadang mendengkur dapat menunjukkan keadaani kesihatan seseorang yang serius.

Sesetengah daripada orang dewasa mempunyai kebiasaan mendengkur. Mendengkur terjadi ketika udara terhalang mengalir ke tenggorokan dan menyebabkan jaringan bergetar ketika bernafas sehingga kedengaran berbunyi.

Ternyata ibu hamil yang mendengkur membawa kesan  buruk bagi kesihatan calon bayi kelak. Bahkan jika ibu hamil mendengkur paling kurang tiga kali dalam seminggu akan berisiko lebih tinggi, iaitu melahirkan anak secara pembedahan, atau memiliki bayi dengan berat badan kurang.

Menurut dr. Ardiansjah Dara Sjahruddin, SpOG, Mkes, doktor pakar kandungan dan kesihatan dari MRCCC Siloam Hospitals Semanggi, andainya mendengkur itu mencapai tahap kronis, ia mungkin boleh menyebabkan berat badan bayi yang dilahirkan rendah.

Katanya, yang dimaksudkan dengan kronis itu ialah kalau mendengkur  sudah lebih dari tiga kali dalam seminggu.

Penyebab

Mendengkur dianggap wajar kepada ibu-ibu yang mengandung kerana berat badanya telah meningkat. Namun begitu ia tetap tidak normal sama sekali.

Bila kehamilan memasuki usia lebih dari 20 minggu, biasanya ibu hamil akan mendengkur ketika tidur membuatnya berisiko terkena sleep apnea atau berhenti bernafas waktu tidur. Meningkatnya berat badan menyebabkan pembengkakan pada saluran pernafasan kerana meningkatnya hormon-hormon ketika hamil. 
Di samping itu ada lagi beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan mendengkur, saperti anatomi mulut dan hidung, penggunaan alkohol, alergik dan selsema.

Mendengkur itu merupakan gejala sleep apnea atau terhentinya nafas ketika tidur. Ia berlaku kerana sempitnya saluran pernafasan  ketika tidur sehingga aliran udara  dalam tubuh menjadi terhalang. Gerakan nafas dalam tubuh masih boleh terlihat dengan jelas, tapi udara tidak dapat melepasinya dengan mudah kerana salurannya tersumbat. Hal ini menyebabkan  kadar oksigen di dalam badan menurun.

Namun begitu, menurut dr. Noroyono Wibowo, SpOG, doktor pakar kandungan dari Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, tidak semua ibu hamil yang mendengkur melahirkan bayi yang rendah berat badannya.

Menurut beliau, ada beberapa faktor yang menyebabkan ibu hamil mendengkur, seperti kegemukan, kedudukan tidur yang kurang selesa, sehingga tidak ada ruang untuk bernafas dengan baik.

Ada beberapa cara untuk mengatasi ibu hamil yang mendengkur, antaranya:

Pertama dengan tidur  mengiring. Kerana kebiasaannya  mendengkur berlaku  ketika kehamilan berada pada trimester kedua dan trimester ketiga, ketika berat  tubuh semakin membesar.

Kedua, gunakan ubat tetes hidung, jika hidung tersumbat. Tapi sebelum menggunanya, minta nasihat doktor terlebih dahulu.

Ketiga, berolahraga secara teratur.

Cara-cara yang lain lagi ialah mengamal peraturan tidur yang teratur, dan menjaga kamar tidur sentiasa berada dalam kedaan lembab.

Kesan

Salah satu lagi risiko mendengkur ketika kehamilan ialah pre eklampsia, iaitu kondisi tekanan darah ibu meingkat dan berisiko melahirkan bayi pramasa atau belum matang dan berat badan bayi yang lahir rendah.

Untuk mengatsi hal ini, ibu tersebut perlu menjalani pemeriksaan Ultrabunyi atau Ultrasound , sekurang-kurangnya sebulan sekali. Dengan itu dapatlah doktor mengetahui ukuran janin bayi dan dengan itu dapat mengtaksirkan berat janin dalam rahim.

Untuk mengembalikan berat badan bayi kepada normal ia adalah tergantung kepada penyebab keadaan itu berlaku. Kiranya perkara itu berlaku akibat si ibu mendengkur, maka si ibu perlu dirawat, tapi kalau berat badan bayi kurang, kerana ibu mendapat anameia yang menyebabkan haemoglobin atau sel darah merahnya menurun, maka si ibu memerlukan transfusi atau pemindahan darah atau diberikan obat untuk meningkatkan kadar haemoglobin dalam darah, seperti obat penambah darah, dan kalau penyebabnya kerana darah tinggi, maka darah tingginya itu perlu dirawat terlebih dahulu.

Sekian.



Sumber : pondokrahmat
loading...

0 Response to "Mendengkur Menganggu Bayi Dalam Kandungan?"

Post a Comment