Orang-orang Islam tentu sedar bahawa dalam Kitab Suci al-Quran Allah SWT melambangkan kuat-kuasanya dengan “tangan kanan”.
Allah berfirman, maksdunya:
“Dan langit-langit itu digulung dengan tangan kanan-Nya”.Az-Zumar:67.
Allah juga menggambarkan di dalam al-Quran bahawa orang-orang Mukmin yang bahagia di Akhirat nanti ialah golongan kanan [Ashabu al-Yamin”.
Dalam al-Quran Allah berfirman, maksudnya:
“dan kamu menjadi tiga golongan, iaitu gulungan kanan, alangkah mulianya gulungan kanan itu”. Al-Waqiah [56]:7-8.
“Adapun orang-orang yang kitabnya diberikan di tangan kanannya, maka dia berkata, “Ambilah, bacalah kitabku ini”-al-Haqqah: [69]:19.
Dan:
“Pasti Kami pegang dia pada tangan kanannya”.- al-Haqqah [69]:45
Maka setiap sesuatu di dunia ini Allah jadikan berlawanan jenisnya. Kanan kiri, baik buruk, kecil besar, cantik hodoh dan sebagainya.
Justeru, ada sebelah kanan, maka adalah sebelah kiri. Badan manusia pun ada kanan dan kiri, khususnya tangan. Ada tangan kanan, ada tangan kiri.
Kanan dan kiri adalah penunjuk kedudukan atau keadaan. Kanan atau kiri. Sebelah kanan atau sebelah kiri.
Di samping itu kanan dan kiri juga mempunyai penunjuk yang tersendiri. Kanan memberi petunjuk baik. Sesuatu yang baik.
Kanan jauh lebih tinggi dan mulia tarafnya dari kiri. Tangan kanan lebih utama dari tangan kiri.
Kita orang Islam disuruh melakukan kerja-kerja penting dengan tangan kanan. Makan dengan tangan kanan, minum dengan tangan kanan, mengambil wuduk dulukan yang kanan, memakai pakaian seperti baju dulukan yang kanan, dan sebagainya dari kerja-kerja yang baik hendaklah dimulakan dengan tangan kanan.
Malah Baginda Rasulullah SAW banyak menunjukkan kerja-kerja penting dimulakan dengan tangan kanan. Ianya merupakan satu pengajaran yang perlu diikuti oleh setiap orang Islam setiap masa, dan merupakan salah satu disiplin hidup yang unggul kepada seluruh umat Islam.
Jika hendak makan, maka agama Islam memerintahkan menggunakan tangan kanan. Baginda Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Apabila seseorang darimu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya, hendaklah ia minum dengan tangan kanannya, hendaklah ia mengambil dengan tangan kanannya, dan hendaklah ia memberi dengan tangan kanannya”. HR:sl-Hasan bin Sufian.
Dan:
“Hai anak, sebutlah nama Allah, mkanlah dengan kanan dan makanlah yang dekat denganmu”-HR:Muslim
Di samping itu Baginda Rasulullah SAW juga menununjukkan penggunaan-penggunaan anggota badan yang lain juga hendaklah mengutamakan anggota kanan sebagaimana ditunjukkan sendiri oleh Baginda Rasulullah SAW.
Bila hendak memulakan perjalanan Baginda SAW memulakan langkah dengan kakinya yang kanan.
Bila keluar dari tandas Baginda SAW melangkah keluar dengan kakinya yang kanan.
Bila mengambil wudhuk Baginda SAW mendulukan tangan kanan dan kaki kanan daripada tangan kiri dan kaki kiri.
Bila hendak menyikat rambut Baginda SAW mendulukan sebelah kanan daripada sebelah kiri.
Bila hendak memakai kasut Baginda SAW mendulukan kaki tangan daripada kaki kiri.
Bila tidur Baginda SAW mengiring sebelah kanan atau membaringkan lambungnya di sebelah kanan.
Bila ada orang yang hendak meninggal dunian Baginda SAW menganjurkan supaya orang itu dibaringkan di atas lambung kanan dengan muka menghala ke Kiblat.
Ketika solat, Baginda SAW menganjurkan makmun solo supaya mengambil tempat di sebelah kanan imam.
Dan solat pula diakhiri dengan memberi salam ke arah kanan terlebih dulu.
Di samping menunjukkan arah atau duduknya sesuatu, maka kanan juga mempunyai erti yang tersirat. Pada umumnya kanan memberi erti baik atau mulia.
Dalam bahasa Melayu kita “Kanan” bererti baik, beruntung, utama atau penting.
Seperti kata-kata “orang kanan” yang bererti “orang penting”; “langkah kanan” bererti “langkah yang menguntungkan”, “penolong kanan” ertinya “penolong yang utama”, atau orang nombor dua.
Dalam Bahasa Inggeris kanan ialah “Right” yang memberi erti sesuatu yang “benar, tepat, baik atau betul”.
Kata Allahyarham Yusoff Zaky Yacob, dalam Bahasa Arab perkataan “Yamin” bererti kanan yang berpunca dari pokok kata “al-Yamin [al-Yumnu] yang bererti keberkatan atau kebajikan yang melimpah. “Yamin” juga membawa erti “Sumpah Ikrar”.
Adakah mana-mana kaum atau bangsa yang budayanya tidak menganan? Kalau manusia perseorangan memang ada yang mengiri. Sepanjang hayat saya, saya pernah menemui beberapa orang yang mengiri. Tapi untuk satu bangsa saya tidak pasti.
Walau bagaimanapun menganan atau menggunakan anggota kanan adalah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah SWT. Malah kita boleh membuat kesimpulan bahawa majoriti umat manusia di dunia ini dijadikan Allah sebagai menganan, baik di uatara dunia atau di selatan, baik di timur ataupun di barat.
Justeru itulah kebanyakan peralatan untuk membantu kemudahan hidup manusia direka untuk majoriti manusia yang menganan.
Sebagai contohnya butang baju dan butang seluar diletak untuk kemudahan orang menganan, demikian juga dengan zip-zip seluar atau baju disediakan untuk orang menganan.
Suiz-suiz radio dan tv, semuanya disediakan untuk mereka yang menganan.
Suiz-suiz kereta, dan cara menghidup kereta dengan anak kunci juga menganan.
Pengunci jam tangan, dan cara mengunci jam untuk orang menganan.
Tumbul pembuka pintu, penyelak pintu dan sebagainya dicipta untuk orang menganan.
Pemandu beca roda tiga duduk di sebelah kanan, dan penumpang yang hendak naik beca, kena melangkah naik dengan kaki kanan.
Penembak-penembak yang menggunakan senapang ketika membedek mencari sasaran yang tepat menggunakan mata kanan dengan mengencengkan mata kiri.
Sadat ata sabit yang diguna oleh para petani untuk mencerut rumput pun matanya dibuat dalam bentuk melengkung untuk mereka yang menganan.
Pemain-pemain bola sepak menendang bola dengan kaki kanan, walaupun mereka mungkin boleh menggunakan kedua-dua belah kakinya,
Demikian juga dengan sukan-sukan yang lain, pemain-pemiannya menggunakan tangan atau kakikanan ketika beraksi, seperti badminton,lempar piring dan lembing, hoki, sepakraga dan sebagainya.
Namun begitu sistem jalanraya-jalanraya di sesetengah negara, lorong memandu adalah di terletak di sebelah kiri, kecuali Malaysia lorang memandu di sebelah kanan. Justeru itu kedudukan letak stering kereta disesuai dengan ketetapan lorong memandu itu, iaitu ada kereta yang setereng memandunya terletak di sebelah kanan dan ada setereng diletak di sebelah kiri disesuaikan dengan undang-undang jalan raya di sesebuah negeri atau negara.
Sumber : pondokrahmat
loading...
0 Response to "RAHSIA KANAN;KENAPA MAJORITI MANUSIA MENGGUNAKAN TANGAN KANAN?"
Post a Comment