4 Kesalahan Semasa Meninggalkan Kota Mekah - Boleh Membatalkan Tawaf Wada - Ramai Tak Tahu!

Kongsikan di

Umrah. Kita diwajibkan untuk melakukannya hanya sekali seumur hidup. Jadi amat senang untuk kita terlepas hukum-hakam umrah, terutamanya ketika ingin meninggalkan tanah suci Mekah.

10 hari telah berlalu, dan kita juga telah bersiap sedia untuk bergerak ke Madinah dan pulang ke tanah air.

Mutawwif mengingatkan kita untuk melakukan tawaf wada, iaitu tawaf terakhir atau tawaf ‘selamat tinggal’ yang dilakukan sebelum meninggalkan tanah suci Mekah.

Hukumnya adalah wajib, tetapi dimaafkan bagi wanita yang tidak dapat mengerjakannya kerana datang haid.

Kita pun berpakaian menutup aurat, pakaian pun begitu cantik kerana tak sabar ingin berjumpa dengan ahli keluarga yang menunggu di tanah air. Kita melakukan tawaf sebanyak tujuh pusingan, dan ingin kembali ke hotel untuk bergerak pulang.

Tetapi kita tidak tahu.

Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan selepas tawaf wada, yang apabila dilakukan akan membatalkan tawaf tersebut. Batalnya tawaf wada dikenakan bayaran dam (denda)! Mari kita lihat, ya.

1) AMBIL GAMBAR. Mungkin beberapa hari sebelum hari terakhir di Mekah, kita begitu khusyuk dengan ibadah sehingga terlupa untuk ambil gambar di hadapan kaabah. Berhati-hatilah. Ulama' bersepakat mengatakan bahawa jika kita bergambar selepas mengerjakan tawaf wada, terbatallah tawaf tersebut dan dikenakan bayaran dam.

2) BEREHAT-REHAT di bilik hotel. Semestinya jemaah akan berasa sedikit letih selepas mengerjakan tawaf wada, maka mereka memutuskan untuk membuat tawaf wada awal untuk membolehkan mereka berehat sebentar di bilik hotel sebelum bergerak meninggalkan tanah suci Mekah. Tawaf wada terbatal jika kita masih mempunyai ruang dan masa untuk berehat-rehat di bilik. Kita dibolehkan mandi, menukar pakaian dan makan selepas tawaf wada, tetapi tidak boleh lagi berehat di bilik ya!

3) SINGGAH UNTUK MEMBELI apa-apa sahaja di kedai berdekatan semasa pulang dari mengerjakan tawaf wada. Contohnya membeli baju atau kurma, mungkin kita terlupa tentang kawan yang memesan, atau kita terdetik untuk memberi hadiah kepada insan tersayang di tanah air. Jemaah dilarang membeli belah selepas mengerjakan tawaf wada. Jika ingin membeli, tunggulah sehingga kita sudah keluar dari tanah suci dan belilah di Jeddah atau di Madinah.

4) Beribadah selepas mengerjakan tawaf wada, contohnya menunaikan solat taubat atau solat hajat selepas mengerjakan tawaf wada. Sebenarnya kita hanya boleh mengerjakan solat sunat tawaf wada sahaja, dan selepas itu perlu pulang. Segala ibadah lain eloklah dilakukan sebelum mengerjakan tawaf wada.

Sebelum bergerak untuk menunaikan umrah, eloklah jika kita ambil perhatian dan menambah ilmu tentang hukum dan rukun ketika berada di sana. Moga-moga umrah kita diterima Allah taala, dan semoga kita sentiasa dijemput ke tanah suci lagi.

Allahu alam.

Naurah Arfan
loading...

0 Response to "4 Kesalahan Semasa Meninggalkan Kota Mekah - Boleh Membatalkan Tawaf Wada - Ramai Tak Tahu!"

Post a Comment