Kami orang Perubatan panggil CUTANEOUS LARVA MIGRAN.
(Ancylostoma braziliensis, Ancylostoma caninum, dan Gnathostoma spinigerum)
A. Apa CUTANEOUS LARVA MIGRAN atau CACING SESAT!
Cacing ni hidup & membesar hanya di kucing & anjing. Bila haiwan ini berak bersama telur cacing ni yang menetas jadi larva filariform yang hidup di dalam tanah, lumpur, pasir & tempat kotor. Kalau kita bekerja atau anak bermain di kawasan ni yang ada najis ni, berhati-hati kita boleh TERTELAN TELURnya atau larva ni boleh MENEMBUS MASUK kedalam KULIT anda/manusia. Pada awalnya kulit anda bentuk biji kemerahan yang sangat gatal. Larva cacing ni hanya boleh bergerak melalui terowongan yang dibentuknya di PEMUKAAN kulit kita. Ia tak leh masuk kedalam badan anda. Dari bentuk biji merah, lepas tu memanjang, sampai menjalar jadi bengkang bengkok macam ular.
B. Info tambahan
1. Ia bergerak 2-3 mm sehari…bayangkan kalau berminggu atau berbulan kalau tak ubati.!!
2.Tapi ingat di dalam tubuh manusia larva tak dapat kembang jadi cacing dewasa.
3.Kalau tak ubati kulit anda gatal, anda garu, kulit jadi inflamasi dan terinfeksi benanah!
Rawatan.
1. Makan UBAT CACING
2. Makan antibiotik kalau infeksi. Dan cream gatal.
Cegahan.
1.Berfikir panjang sebelum memelihara kucing.
2 Pakai kasut dan glove bila kerja ditempat tanah kotor. Pastikan anak kita besepatu masa luar rumah. Bersih tangan sebelum makan.
3.Makan ubat Cacing untuk anda dan kucing. Jaga kebersihan kucing anda.
Sumber: Dr. Abdul Rahim
loading...
0 Response to "Cacing Ini Mungkin Ada Bawah Kulit Anda Tanpa Anda Sedari"
Post a Comment