Hukum Pengantin Perempuan Memakai Inai Menurut Syarak

Kongsikan di
Image result for Hukum Pengantin Perempuan Memakai Inai Menurut Syarak


Sekarang ini telah menjadi trend setiap pengantin perempuan untuk memakai inai yang bercorak ketika majlis perkahwinan mereka. Terdapat pelbagai jenis corak dan ukiran inai yang menjadi pilihan di hati. Tetapi harus diingatkan terdapat kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki. Begitu juga dengan corak atau ukiran yang boleh digunakan.
Apakah hukum pengantin perempuan memakai inai yang tidak memakai melebih-lebih seperti bunga dan daun hingga melepasi pergelangan tangan? Apakah yang sebaiknya ukiran yang dibenarkan dalam hukum Islam jika ingin jua memakai?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakalawarna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula,corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan,manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
  4. Corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syara’ adalah dilarang.








Sumber : tazkirahminda
loading...

0 Response to "Hukum Pengantin Perempuan Memakai Inai Menurut Syarak"

Post a Comment