SELALU SEMBELIT? CUBA MINUMAN INI

Kongsikan di

Menurut Nurul Moleek Cereprove di laman sosialnya, beliau mencuba petua ini dan hasilnya sangat memberangsangkan. Selain melawaskan, minuman ini juga membuatkan perut terasa kenyang dalam tempoh masa yang lama. 

Jadi ia sesuai dicuba bagi yang ingin mengurangkan berat badan. Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, minuman ini juga boleh menjadi milk booster.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu

Cara menyediakannya

1.    Potong buah kurma dan epal menjadi kepingan kecil. Pastikan kulit epal tidak dibuang.
2.    Masukkan susu, potongan buah-buahan dan serbuk kulit kayu manis. Kisar hingga halus.
3.    Masukkan ke dalam gelas dan minum.

Info: Jika suka, boleh ditambah ais dan kisar. Minuman ini tidak perlu ditapis.
loading...

0 Response to " SELALU SEMBELIT? CUBA MINUMAN INI"

Post a Comment