Bagaimana Caranya Solat Taubat Dengan Betul

Kongsikan di

 

 

Asas Solat Taubat

1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

Cara Melaksanakan Solat Taubat

1. Niat solat taubat

Niat

Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2. Bacaan semasa solat

Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Kafirun. Manakala pada rakaat yang kedua pula hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.

3. Bertasbih

Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Tasbih
Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.

4. Beristighfar

Banyakkan beristighfar selepas memberi salam.

1. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 atau 100 kali.
istighfar
Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 atau 100 kali.
istighfar2Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

3. Penghulu istighfar sebanyak 3 kali
istighfar3Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

5. Baca doa taubat

Bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT. Berdoalah dengan penuh harapan untuk mendapat keampunan daripada Allah.
Luahkan segalanya kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Anggaplah seolah-olah sekejap lagi kita akan mati. Pasti kita akan berdoa dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh.
Mudah sahaja kan untuk solat taubat? Ambil masa dan muhasabah diri setiap hari. Saban hari, ada saja dosa yang kita lakukan. Bersihkan kembali diri kita daripada dosa dengan membanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada-Nya. Amalkan solat sunat taubat setiap hari jika boleh.
Mari kita renungkan, Rasulullah s.a.w yang bebas dosa itu pun beristighfar tidak kurang dari 70 kali setiap hari. Jadi, sudah tentu kita manusia yang setiap detiknya sentiasa menambah koleksi dosa seharusnya lebih banyak beristighfar dan memohon keampunan Allah.

Lalu, bagaimana pula dengan kita yang mahu mengikut dan menjadi umat Rasulullah? Sudahkah kita beristighfar lebih 70 kali pada hari ini?

Sumber: Tazkirah.net
loading...

0 Response to "Bagaimana Caranya Solat Taubat Dengan Betul"

Post a Comment