Cara Mudah Hilangkan Karang Gigi Dengan Menggunakan Garam

Kongsikan di

Karang gigi merupakan salah satu masalah kesihatan pada gigi yang tidak boleh diambil ringan. Karang gigi atau pun dikenali sebagai kalkulus merupakan plak yang menempel di bahagian dalam dan depan gigi. Jika dibiarkan ia akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti bau mulut, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi.

Untuk menghidari masalah tersebut, anda perlu membersihkan karang gigi yang sudah mengeras dan tebal. Dan ini cara mudah untuk lakukan sendiri di rumah dengan menggunakan bahan semulajadi iatu garam. Berikut adalah cara menghilangkan karang gigi menggunakan garam.

1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.

2. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.

3. Basahkan berus gigi dan oleskan adunan pes tadi.

4. Gosok gigi anda dengan perlahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang diinginkan.

Selamat mencuba ya!
loading...

0 Response to "Cara Mudah Hilangkan Karang Gigi Dengan Menggunakan Garam"

Post a Comment